Ibu jari kaki hampir putus kerana terlanggar meja

Loading...

Viral di media sosial gambar ngeri seorang pesakit patah ibu jari kaki kiri yang didakwa akibat terlanggar meja menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Gambar yang dimuat naik @MediLando sejak 1 April itu dikicau semula sebanyak 8,284 kali dan dikongsi semula oleh beberapa pengguna Twitter Malaysia yang juga menyebarkan dakwaan yang sama. 

Bagaimanapun, semakan di Google mendapati gambar itu dimuat naik oleh pengguna Reddit, White_Snow, pada empat tahun lalu dan kecederaan itu bukan disebabkan terlanggar meja. 

Menurut White, kejadian itu berlaku pada rakannya ketika sedang menjalani latihan seni mempertahankan diri, Karate. 

"Dia sedang melakukan karate, ketika itu dia berpusing dan ibu jari kakinya tersangkut pada tikar," katanya yang menjelaskan punca kejadian tersebut. 

Berdasarkan gambar yang mengerikan itu, dapat dilihat dengan jelas tulang ibu jari kakinya dan ibu jarinya itu hampir terputus. 


Sementara itu di media sosial, netizen terasa ngilu dan seram melihat gambar kecederaan tersebut dan ada segelintirnya pula mahu menarik ibu jari kakinya sampai putus. Tidak kurang juga ada yang memuji kaki pesakit itu cantik dan gebu.