(Video) 'Ikut suka dia je berhenti tiba-tiba'


Gara-gara sebuah kereta berhenti mengejut di lebuhraya, dua buah lori dagang mengalami kemalangan yang tidak sepatutnya berlaku. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 14 Mac lalu di Lebuhraya Changchun-Shenzen di wilayah Zhejiang, China dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lebuhraya berkenaan menunjukkan pemandu kereta sedan terbabit berhenti secara tiba-tiba hanya kerana mahu memasuki susur keluar ke kanan. 

Tindakannya tidak bertanggungjawab pemandu berkenaan menyebabkan sebuah lori yang membawa muatan dagangan terpaksa melakukan brek kecemasan dan mengelak ke kanan sebelum terbalik di lorong kecemasan. 

Tidak berapa lama selepas itu, sebuah lagi lori yang dipandu di lorong kiri juga terkejut melihat kenderaan itu sedaya upaya memberhentikan kenderaannya dan nyaris melanggar kereta tersebut. 

Pemandu kereta itu kemudian dilihat meneruskan perjalanannya dan meninggalkan lokasi kejadian seperti tiada apa-apa yang berlaku.