'Itu urusan saya dengan Tuhan' - Fathia kata dia tidak tahu dirinya dirakam

Loading...

Nama pelakon Nur Fathia Latiff kembali menjadi bualan hangat di media sosial selepas video dirinya bersolat dalam kereta tersebar dan menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen. 

Difahamkan, rakaman video tersebut dimuat naik oleh rakannya di Instagram. Menerusi video itu, rakannya memuji Fathia tidak meninggalkan solat dan menunaikan kewajipan sebagai umat Islam walaupun di dalam kereta. 

Katanya, ketika itu waktu solat hampir tamat dan pelakon itu segera menunaikan solat. 

"Tak pernah lagi tengok orang sembahyang dalam kereta. Kiblat macam mana? Bergerak-gerak, siap makeup," kata netizen. 

"Bukan masalah kiblat, sebab dalam flight pun boleh solat. Tetapi masalahnya kan banyak surau, berhenti sajalah. Dah kenapa nak solat dalam kereta pula?" soal netizen lain. 


Tidak kurang ada segelintir netizen memberi penjelasan bahawa tindakan Fathia itu tidak batal meskipun memakai makeup. 


Dalam laporan Astro Gempak, Fathia ketika itu dalam perjalan ke majlis pertunjukan fesyen PrimaValet di Hotel Majestic. 

Menurut Fathia, dia tidak sedar yang kelakuannya sedang beribadah itu sedang dirakam oleh rakannya, Ridzokumura, pengaya rambut. 

"Saya mengerjakan solat kerana Allah, bukan untuk manusia. Itu sahaja. Itu urusan saya dengan tuhan dan saya tidak tahu aksi saya dirakam," katanya.