Janji labur RM500 juta, 'Raja Bomoh' tak bertanding kerana muflis


Ibrahim Mat Zin, 68, yang popular dengan panggilan 'Raja Bomoh' sebelum ini dilaporkan berkenaan untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk, namun kelibatnya tidak kelihatan untuk menyerahkan borang pencalonan sehingga tamat waktu penamaan calon, lapor mStar Online

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ibrahim tidak dapat meneruskan hasranyat itu selepas dia disahkan muflis.

"Kita tunggu juga, tapi akhirnya dia tak datang. Saya diberitahu bahawa dia telah muflis maka tak layak untuk bertanding," katanya kepada wartawan di pusat penamaan calon kawasan Parlimen Bagan Datuk di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk. 

17 April lalu, Ibrahim menyatakan hasratnya untuk bertanding di Parlimen Bagan Datuk. 

Dalam laporan Harian Metro, Ibrahim menegaskan dia buat membuat gimik dan tidak gentar untuk bertanding walaupun berkemungkinan akan kehilangan wang pertaruhan. 

"Antara janji saya adalah ingin melaburkan wang sendiri sebanyak RM500 juta untuk kepentingan dan pembangunan rakyat Bagan Datuk. 

"Saya juga akan memberi kesemua wang gaji setiap bulan sebagai Ahli Parlimen sepanjang lima tahun berkhidmat jika menang," katanya yang mendakwa mempunyai saudara, kenalan dan anak murid seramai 25,000 orang di Bagan Datuk.