JPJ tawar diskaun 70% bagi saman dan kompaun

Loading...

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang mempunyai saman tertunggak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus untuk saman dan kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ bersempena sambutan ulangtahun ke-72 jabatan berkenaan.

Perkara ini telah diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi selepas melancarkan hari JPJ di peringkat kebangsaan di Batu Pahat Mall. 

Diskaun ke atas semua saman dan kompaun ini berkuatkuasa sepanjang April ini. 

“Selepas berbincang dengan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Kalid, tempoh diskaun bermula pada hari ini dan pengguna jalan raya perlu datang ke kaunter JPJ mendapatkan diskaun mereka,” kata Ab Aziz. 

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan diskaun tersebut tidak terpakai bagi saman yang telah dikeluarkan di bawah Automated Awareness Safety System (AWAS).  

Tambah beliau juga, bidaan nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persukutan Putrajaya “FB” dibuka dari 2 April hingga 16 April 2018 dan keputusan bidaan akan diumumkan pada 14 Mei 2018.  

Beliau juga menjangkakan pihak JPJ akan menerima permintaan tinggi bagi nombor pendaftaran tersebut kerana ia mempunyai kesamaan dengan Akronim bagi Facebook (FB).

Sumber: The Star