'Kalau takde perkhidmatan flight, korang naik apa? Bersyukurlah hanat' - Netizen kecam individu muat naik komen tak jaga sensitiviti

Loading...

Padah muat naik komen yang tidak menjaga sensitiviti orang ramai, beberapa individu ini dikecam teruk oleh netizen yang menganggap komen mereka biadab dan tidak memahami isu. 

Terdahulu seorang pelajar menulis surat terbuka untuk Tony Fernandes yang meluahkan rasa kesalnya dengan harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah yang dianggap terlalu mahal sehingga membebankannya sebagai pelajar. 

"Kalau tak ada perkhidmatan flight di dunia ni, korang nak naik apa jubake (celaka). Bersyukurlah hanat (lahanat)," kata @philosopher.nafis. 

"Beli hari ini, nak naik esok lusa minggu depan, memanglah mahal hanat. Student sekarang memang bebal yer?" kata @tohottobecool. 

Komen dua individu terbabit bukan sahaja tidak memahami isu yang dibangkit, namun biadab sehingga tergamak melabelkan pelajar berkenaan bebal dan hanat. 


Kesal dengan komen dua individu itu, netizen beramai-ramai 'sekolahkan' mereka berdua. 

"@philosopher.nafis Tolonglah jadi manusia yang berada. It's not nice panggil orang 'hanat' macam tu wahai saudara. Dah baca belum surat terbuka beliau? Beliau ada menyatakan rasa bersyukur akan tetapi kecewa sebab harga tiket ke Sabah mencecah ribuan ringgit, sedangkan ianya hanyalah penerbangan domestik. Again, kalau tak ada benda yang baik untuk dikomen, lebih baik diam," kata @nrljnnh. 

"@philosopher.nafis, kau cakap senanglah. Tahulah tempat korang senang. Universiti dekat-dekat saja dengan tempat, bukan macam kami di Sabah ni. Maklumlah balik-balik maki orang Sabah saja tinggal atas pokok la bagai. Tak sedar diri, korang maju pun sebab pendapatan negara banyak dari Sabah nak. Siapa yang tak bersyukur? Orang tak tahu nak untung, mulut pun mulut puaka," kata @bej_je

"@philosopher.nafis suka hati je nak hanat-hanatkan orang ye. RM1,000 itu bukan sikit wey. Padahal nak pergi Tawau saja, bukan pergi United KIngdom (UK). Bukan semua orang yang dapat belajar di Semenanjung ini orang kaya-kaya. Kau tak rasa bolehlah cakap besar. Nanti bila Tuhan bagi kau rasa apa yang diorang rasa, mau menangis kau," kata @flyingonce. 

"@tohottobecool hanat. Tiket balik Sabah atau Sarawak memang mahal. Aku dari bulan Januari check. Paling murah pun RM650 pergi balik. Padahal pergi negara jiran RM200 lebih saja pergi balik. Sebelum cakap, please test pada diri. Hanat." kata @kinamonster. 

"@tohottobecool fikir student tu macam sekolah agaknya. Awal tahun dah dapat tahu bila tarikh cuti apa semua," kata @qysara18. 

BERITA BERKAITAN: