'Ko nak skin tone putih macam mana lagi setann?' - Instafamous dikecam netizen namun dia tidak kisah

Loading...

"Ko nak skin tone putih macam mana lagi setann?" demikian tweet yang ditulis seorang pengguna Twitter mendapat banyak perhatian netizen sehingga dikicau semula 10,927 kali. 

Tweet yang dimuat naik oleh Salmah (@shsalmah) pada 21 April lalu hairan dengan keinginan seorang Instafamous, Sha Hasan, yang mahu kulitnya menjadi putih sedangkan dirinya sudah sedia ada putih. 

"Tak cukup putih ka siss? I think skintone Allah dah bagi unik and it is bonus if we can love it seadanya," tulisnya. 


Difahamkan tweet itu dimuat naik kerana Sha Hasan, pengarah sebuah syarikat kosmetik  sebelum itu memuat naik kenyataan di Instastory yang mahu menyahut cabaran memutihkan dirinya dari skin tone sedia ada untuk hari raya kelak. 

"Tengah cabar diri putih 1x ganda dari skin tone sekarang untuk raya. InsyaAllah saya akan update dengan korang thru instastory.

"Kena disiplin sehari wajib tiga liter air dan tak boleh skip langsung mixberry. Jom! #Cabaran30harishalicious," tulisnya. 



Netizen juga memberikan pelbagai reaksi dan rata-ratanya tidak faham mengapa wanita berkenaan mahu menjadi lebih putih. Tidak kurang juga ada yang mendakwa dia menyunting gambar itu menggunakan aplikasi telefon pintar sehingga menampakkan dirinya terlalu putih. 

"Ini orang panggil putih pucat/mayat. Westerner kalau boleh nak elakkan kulit seperti ini. Tetapi segelintir perempuan Melayu tergila-gilakan kulit seperti ini," kata Amri. 

"Haha, dia selalu guna 360 do, Kalau tengok story dan gambar dia tak ada seputih itu sangat. Filter sangat sampai tak ada hidung," kata Fzakml. 

"Dah pernah jumpa dia di luar. Memang betul-betul putih dan tak cam langsung dia. Putih sangat, takut nak tengok," kata Nora Chek. 

"Suruh dia telan clorox. Kulit putih, hati putih, pakai kain putih ikat bonjot di kepala lah hanat," kata Shahidsam. 

Sementara itu, empunya gambar, Sha Hassan melalui Instastorynya berkata, dia tidak kisah dikecam oleh netizen dan sudah lali dengan perkara itu. 


"Ooo tengah kecam I ke? Tak kisah pun wak! Dah biasa kena tuduh macam-macam. Kita senyum jeee, cakk!" tulisnya.