'Mana crown saya? Anting? Rantai? Veil? Kenapa tak sediakan? Kan saya ambil pakej make up dari awak' - #Facepalm

Loading...

Apabila hendak menggunakan perkhidmatan dari sesebuah pihak, pastikan anda memahami dan jelas dengan perkhidmatan yang ditawarkan agar tidak timbul ketidakpuasan hati setelah perkhidmatan diberi. 

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan pandangannya berhubung dengan sikap sesetengah bakal pengantin yang seringkali menimbulkan masalah bila di saat-saat akhir, yang akhirnya menyebabkan Make Up Artist (MUA) juga yang menerima tempias negatif. 

Selain ada yang mengambil kesempatan mempergunakan MUA, ada juga yang mempersoalkan caj perkhidmatan yang dikenakan selain tidak mematuhi masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, MUA Ramenda Kiyek, berkongsikan pandangannya mengenai isu yang seringkali timbul dan semoga bakal pengantin atau mana-mana pihak yang menggunakan perkhidmatan MUA faham cara kerja mereka.

CUMA nak berkongsi pandangan dan pengalaman. Sebenarnya sudah lama saya nak jelas dan tegaskan tentang perkara ini. Kebanyakan orang keliru apabila menggunakan perkhidmatan Make Up Artist (MUA) atau Make Up Artist and Hairstylist (MUAH). 

Minta pakej make up, kita beri. Kemudian, booking tanpa sebarang persoalan lanjut. Bila tiba hari kejadian: 

1. Minta make up pasangan (suami). Adakalanya jika mood bagus atau cukup masa, saya tolong-tolong saja walaupun kerja ini tiada dalam senarai perkhidmatan atau quotation. 

2. Mak, makcik, anak-anak, anak buah, pengapit, pengiring, makcik bawang's semua minta touch up atau minta atur kening bagai secara percuma dan ini semua tiada dalam quotation. 

3. Minta pakaikan baju, tudung (we are not hijab stylist tetapi masih juga cuba membantu) dan ini juga bukan di dalam quotation melainkan anda menyewa busana dari kami atau mengambil pakej pengantin (which is baju, pelamin, foto, aksesori semua dari kami). 

Where the heck is your pengapit? Your bridesmaid? Cousin mazen di hari bahagia anda? Suruh mereka bantu. Sudahlah kita rushing packing nak balik selepas siap make up, rushing lagi tolong betulkan pakaian tudung pengantin. No, no, tiada di dalam senarai yang telah dipersetujui, okey. 

4. Soal aksesori. Ambil pakej up, tetapi bila tiba hari kejadian boleh pula tanya MUA, 

"Mana crown saya? Anting? Rantai? Veil? Kenapa tak sediakan? Kan saya ambil pakej make up dari awak."

Paling teruk saya pernah ditanya, "Kenapa tak ada gown? Saya ingatkan segalanya disertakan?". Nah, guys. Inilah antara masalah yang dihadapi, nama pun ambil pakej make up bukannya pakej pengantin yang disediakan segalanya. Jangan keliru, make up adalah make up, pakej kahwin adalah pakej kahwin. Mahu busana yang lengkap, pergilah ke bridap shop la aney. 

5. Travel expenses, time consuming or transportation charges. Ramai yang akan mempersoalkan perkara ini terhadap make up artist. "Kenapalah awak caj mahal ni?". Biar saya jelaskan okey. Anda minta quotation harga, selepas diberi quotation baru dimaklumkan "Oh! Saya kahwin di rumah panjang atau rural area atau London atau Congo atau di mana-mana,". Sudah pasti make up artist akan kata, "Ooo, kalau keluar atau outstation lain harga dan dari sinilah pelanggan mula melatah kenapa harga lain? 

Untuk pengetahuan, kami pengangkutan kami bukan menggunakan kuasa angin. Nak tunggu orang bagi minyak percuma, memang taklah. Harga minyak pun semakin naik. Then, it's okay. Atas sebab musabab save budget, they will offer to provide the transportation kepada make up artist and tempat tinggal (if overnight). Fair enough. Tetapi why MUA still minta extra charges bila keluar kawasan? Have u ever think of time consuming?

Ulang-alik ke tempat kejadian mungkin mengambil masa dua ke tiga hari. Di dalam tempoh itu, MUA boleh buat job lain yang mana ia mendapatkan keuntungan daripada pergi dua ke tiga hari ke tempat kejadian tetapi make up satu pelanggan sahaja. Nampak tak perbezaannya? 

6. Apabila MUA kata kena mula make up pada waktu sekian sekian begini, anda sepatutnya akur dan patuh sebab dia tahu berapa lama tempoh masa dia buat kerja. Bukannya anda yang menentukan berapa lama dia kena make up dan buat rambut anda. 

Adakalanya pengantin confident sangat kata make up tak lama. Siap relaks lagi. MUA yang dah berpeluh dingin nervous takut tak cukup masa. Nanti bila lambat siap, anda juga yang condemn MUA buat kerja lambat. Tolong tepati masa, jangan MUA sudah mengetuk-getuk pintu rumah, si pengantin baru terhegeh-hegeh nak bangun dari tidur dan mandi. Pengsanlah kalau begitu. Atau baru on the way dari rumah, menangis dik. 

Please jangan buli atau ambil kesempatan dengan MUA anda. Jangan keliru dengan bridal house/shop dan freelance make up artist. Tanya semua soalan dulu sebelum bersetuju untuk menggunakan khidmat MUA atau MUAH pilihan anda agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku pada hari bersejarah anda. Mudahkan MUA dan anda juga yang senang hati. Sekian.

Sumber: Ramenda Kiyek