'Memang mengelak kalau nampak dia' - Jihan pernah kena sound tepet oleh Kak Zai


Sebelum ini, tular di media sosial mengenai status yang telah dimuatnaik oleh pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain yang mendapat pelbagai kecaman bukan sahaja dari netizen malah artis- artis di Malaysia. Walaubagaimanapun, pengkritik terbabit yang lebih dikenali sebagai Kak Zai telah memohon maaf kepada semua pihak.

Menerusi temubualnya bersama Astro Gempak, dia berkata status di Facebook itu adalah keluhan tentang apa yang telah dilaluinya ketika menghadiri acara berkenaan. Dia juga menegaskan status tersebut tidak ditujukan kepada sesiapa, menasihati atau menegur mana-mana pihak apatah lagi mengutuk individu yang memiliki berat badan berlebihan. Sebaliknya hanya sekadar berkongsi keluhan di Facebook kepada kenalan rapat sahaja. Malangnya, status itu disalahertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Tambah beliau lagi, status itu ditujukan kepada lelaki yang duduk terkangkang sehingga mengganggu ruang duduknya. Dia merasa kurang selesa dan untuk menegur lelaki itu pada ketika itu dianggap kurang sesuai, lantas dia berkongsikan keluhan itu di Facebook.

Jihan Muse berkongsikan di Twitter pengalamannya ketika berdepan dengan Kak Zai. Jihan berkata, dia pernah 'terkena' satu ketika dulu. Semenjak kejadian itu, dia selalu mengelak jika ternampak Kak Zai. Dia berbuat demikian kerana takut dia akan bersikap kurang sopan.

Katanya lagi, apa yang telah berlaku jadikan sebagai pengajaran. Statusnya itu juga dibalas oleh Shila Hamzah yang mengatakan Kak Zai memang tidak akan memandangnya kerana berat badannya sudah melebihi 60 kilogram.

"Pernah juga kena 'sound tepet' dengan dia satu ketika dahulu. Sejak dari hari itu memang mengelak kalau nampak dia. Bukan apa takut terkurang ajar. 

"Apa yang kena pada dia hari ini pengajaran. Tapi jenganlah kita happy sangat, takut esok lusa hari kita pula," kata Jihan. 

"Aku memang dia tak pandanglah sebab dah lebih 60 kg," seloroh Shila Amzah yang membalas tweet Jihan. 

"Takpe Ji, biarkan saja dia. Kita doakan dia sudah," katanya lagi.




Tidak ketinggalan juga, Rozita Che Wan atau Che Ta memuat naik komen ketidakpuasan hatinya terhadap Kak Zai di Instagram dengan gambar komen Kak Zai sebelum ini mengenai pengurus Che Ta.

Che Ta memerli Kak Zai dengan mengatakan permohonan maaf sudah dibuat atau itu hanyalah propaganda. Dia menambah, dia hanya ingatkan mulut sahaja yang jahat tetapi hati dan perut juga sama. Dia memerli lagi dengan mengatakan Kak Zai luar dan dalam buruk, berkedut seperti lace beropol.