'Pergi mana-mana, orang tengok pelik dan berbisik kata dia Zulaiha yang kena bash tu' - Gadis kesal rakannya terima tempias negatif orang lain

Loading...

Hanya kerana wajahnya hampir seiras dengan seorang pengguna Twitter yang kerap menimbulkan tweet kontroversi, gadis ini juga menerima tempiasnya. 

Tweet yang dimuat naik oleh @Fnbilah menjelaskan, rakannya bernama Lisa dipandang pelik dan disangka sebagai Zulaiha. 

"Guys, I nak cakap sikit. Ini kawan I, nama dia Lisa, bukan Zulaiha yang kena bash tu. Kasihan dia tau. 

"Pergi mana-mana orang tengok-tengok, bisik-bisik cakap dia Zulaiha. Pastu tengok pelik-pelik kat dia. Ramai juga yang DM ingatkan dia Zulaiha. Tetapi dia bukan tau, kasihan dia," kata @Fnbilah.


Tweet itu turut mendapat perhatian dari Zulaiha sendiri yang kemudian memuat naik tweet berikut: 

"Hahahaha bodoh je meleis ni, kesian dia. Benda simple, I lagi cantik and no one can be Siti Zulaiha sebab my face sama macam Dayang Nurfaizah only. 

"That's it and about her eyes tu ermm bolehlah cover eh sebab my eyes pun lagi ok kot #justsaying" katanya. 


Sementara itu, netizen tidak menolak mungkin ada sedikit persamaan pada wajah dua individu berkenaan dan bersimpati dengan situasi yang dialami oleh Lisa.  



Sumber: @Fnbilah