'Perlahan-lahan dia tarik troli dan ambil anak kami' - Bapa dakwa wanita warga asing cuba mengambil anaknya

Loading...

"Hati-hati di Tesco Ampang," itu peringatan dari Mohamad Sallehin yang mendakwa ada seorang wanita dipercayai warga asing cuba mengambil anaknya. 

Dalam status Facebook yang dimuat naik jam 6.37 petang semalam, Mohamad mendakwa, wanita terbabit cuba mengambil anaknya yang diletakkan dalam troli Tesco tanpa pengetahuan mereka dalam kejadian jam 6 petang.


"Seorang wanita pakai tudung warna merah jambu, warganegara tidak pasti (dipercayai Somalia) cuba mengambil anak kecil kami dalam troli Tesco. 

"Dia cuba menarik troli kami secara perlahan-lahan. Apabila kami tersedar, perempuan itu terus cepat-cepat beredar. Kami sempat mengekorinya. 

"Caranya amat mencurigakan. Matanya seperti melilau mencari sesuatu. Mujur tuhan melindungi kami sekeluarga. Wanita itu juga bersembang dengan dua lelaki. 

"Kami sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak kaunter dan aduan juga telah dibuat kepada pihak Tesco," katanya. 




Orang ramai yang membawa anak-anak kecil dinasihatkan sentiasa peka dan berwaspada, tidak membiarkan anak berseorangan tanpa sebarang pengawasan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.