Sayang macam mana pun, ibu bapa dilarang cium mulut anak walaupun mereka masih kecil

Loading...

Seringkali terlihat gambar atau video ibu bapa mencium mulut anak-anak sebagai tanda kasih sayang. Namun bagi ibu bapa yang beragama Islam, ketahuilah bahawa perbuatan seperti itu adalah tidak digalakkan. 

SEJAK akhir-akhir ini, menjadi trend ibu bapa yang gemar mencium mulut anak sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga. Sebenarnya sayang macam mana sekalipun ibu bapa, dilarang untuk cium di bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil. 

Antara sebab-sebab mengapa ibu bapa dilarang berbuat demikian: 

1. BOLEH RANGSANG SYAHWAT

Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat. Dr. Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universiti California Los Angeles, berpendapat bahawa akan ada kesan buruknya jika ibu bapa selalu mencium bibir anak-anak. 

"Ketika seorang anak mencapai usia 4, 5 atau 6, keinginan seksualnya pada usia itu sudah mula datang (dan ada juga anak-anak yang keinginan seksualnya datang lebih awal pada usia 2 atau 3 tahun) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual (syahwat) mereka."

2. MULUT PINDAHKAN KUMAN

Ada bayi yang terkena penyakit berjangkit kerana bibirnya seringkali dicium. Ingatlah bahawa, mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh. Pelbagai jenis penyakit boleh disebarkan melalui mulut. 

3. RASUL DAN SAHABAT HANYA MENCIUM PIPI ANAKNYA

Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orang tua kepada anaknya. Hal ini diperbolehkan untuk dilakukan. Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk dicium iaitu pada bahagian pipi seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah. 

“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya: “Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918)

Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tetapi ibu bapa sememangnya tidak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah sekadar menunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi. 

Sebenarnya ada empat tempat ciuman dan 2 tempat gosokan yang digalakkan pada ibu bapa melakukannya pada anak. 

1. CIUMAN DI KEPALA ADALAH CIUMAN KEBANGGAAN

Bila kita rasa berbangga dengan pencapaian anak kita. Contohnya dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita. 

2. CIUMAN DI DAHI ADALAH TANDA REDHA

Bila anak kita buat sesuatu yang membuatkan kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3. CIUMAN DI PIPI ADALAH CIUMAN RINDU

Bila ambil anak daripada taskda atau bila anak baru pulang daripada sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di bahagian pipi. 

4. CIUMAN DI TANGAN ADALAH BILA KITA RASA KASIH SANGAT PADA ANAK KITA

Ciuman di tangan ini sangat istimewa, sebab itu kita perlu mengajar anak kita mencium tangan kita bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri. 

Di samping itu, ibu bapa juga boleh gosokkan dua tempat ini pada anak. 
  • Gosok di belakang leher kalau anak-anak nampak risau atau tidak tenteram
  • Gosok di dada pula sangat mujarab untuk mengurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok itu, ibu bapa boleh cuba selawat dan baca surah-surah pendek seperti Al-Fatihah atau Ayat Kursi. 

Sumber: Dr Taufik Razif