Selama 6 tahun remaja perempuan dicabul dan dirogol bapa tiri sehingga hamil

Loading...

Angkara bapa tiri durjana yang mencabul dan merogol seorang remaja perempuan sejak enam tahun lalu, kini remaja berkenaan ketagih untuk melakukan seks dan hamil lima minggu, lapor Harian Metro

Difahamkan, remaja berusia 16 tahun itu bukan saja melakukan perbuatan terkutuk itu dengan bapa tirinya, malah sanggup melakukan hubungan seks dengan enam lelaki yang dikenalinya dari aplikasi WeChat secara sukarela di beberapa lokasi di Labuan. 

Sepanjang enam tahun kejadian itu berlaku, ibu kandungnya langsung tidak mengetahui perkara itu dan kini remaja itu disahkan mengandung lima minggu. Bagaimanapun, si ibu hanya menyedari selepas anaknya mengadu mengalami sakit perut, pening dan muntah sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan remaja itu disahkan hamil. 

Susulan pengesahan itu, satu laporan polis telah dibuat semalam dan mansgsa mendedahkan dia telah dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia 10 tahun dan kali terakhir lelaki itu merogolnya adalah pada 10 Mac lalu. 

Mangsa tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya sejak 2010 selepas bapa kandung mangsa meninggalkan ibunya. 

Menurut sumber Harian Metro, sebelum kejadian rogol, mangsa mula dicabul oleh bapa tirinya dengan memegang anggota tubuh sambil menunjukkan video lucah dan kejadian itu berlaku hampir sebulan sebelum suspek merogol mangsa di rumah ketika ketiadaan ibu mangsa. 

Mangsa enggan membuat laporan polis kerana sayang selain lelaki itu adalah sumber pendapatan mereka sekeluarga. 

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek telah ditahan pada hari yang sama laporan itu dibuat.

“Suspek berusia 39 tahun ditahan reman hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram,” katanya