'Semakin teruk fitnah-fitnah dilontarkan pembangkang, bagaikan #TsunamiPHitnah' - Najib

Loading...


18 jam lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuat naik tweet yang mendakwa pihak pembangkang melontarkan fitnah Barisan Nasional (BN) mengimport 15 juta sarung jari plastik dari China untuk kegunaan di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini. 

"Ini bukan kali pertama saya post perkara ini, tapi di musim pilihan raya ini semakin teruk fitnah-fitnah dilontarkan pembangkang, bagaikan #TsunamiPHitnah. 

"Jadi saya ingin ingatkan sekali lagi, usahlah kita jadi tali barut dan kuda tunggangan golongan tak bertanggungjawab ini.

"Jangan jadi ejen kerosakan dengan menyebarkan fitnah. #TsunamiPHitnah ini boleh memporak-perandakan hubungan persahabatan, kekeluargaan malah lebih teruk lagi mampu bawa kehancuran dan kebinasaan kepada negara," tulis Najib. 




Berdasarkan gambar yang dikongsikan, "15 juta sarung jari plastics baru tiba dari China. Election coming?" tulis pihak berkenaan. 

"Fitnah PRA-PRU 14 sudah bermula. Kononnya 15 juta sarung jari plastik supaya boleh mengundi banyak kali apabila telah dicelup dengan dakwat.

"Ini sebenarnya bukan sarung jari tetapi jari palsu untuk mereka yang terpotong jari terutama dalam kes gangster Yakuza di Jepun. Jahat! 

"Tetapi orang awam terlalu mudah percaya hasutan begini," jelas gambar tersebut. 

Di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung tweet tersebut.