Suami isteri bergaduh sampai hilang nyawa

Loading...

Seorang lelaki didakwa membunuh isterinya dan membuang kepala mangsa di dalam tong sampah mengemparkan penduduk di kawasan kejiranan itu, lapor Daily Mail

Suspek, Zhang, 31, didakwa melakukan jenayah itu selepas bergaduh sebelum  dan membuang kepala mangsa ke dalam tong sampah, sementara badannya ditinggalkan di rumah.

Zhang kemudian tampil menyerah diri di balai polis pada jam 8 malam 25 April lalu. Polis kemudian menutup lokasi kejadian dan mayat mangsa dikeluarkan dari kediaman pasangan berkenaan.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan Zhang keluar dari bangunan kediamannya sambil membawa 'objek' tersebut di tangan kirinya. 

Dalam rakaman itu, beberapa penduduk juga berjalan di lorong tersebut dan tak menyedari suspek membawa objek tersebut, yang kemudian dibuang ke dalam tong sampah. 



Menurut Southern.cn, kejadian itu berlaku di Kampung Kangle, Guangzhou, wilayah Guangdong, di mana kebanyakan pendudukan bekerja di kilang pakaian. 

Salah seorang penduduk berkata, dia ternampak suspek berjalan di lorong tersebut dengan pakaiannya dipenuhi darah. 

"Tinggi lelaki itu lebih kurang 5.6 kaki dan baju serta kasutnya dipenuhi dengan darah," kata Wang. 

Seorang lagi penduduk, Zheng, berkata kepala mangsa ditemui dalam tong sampah oleh pekerja pengutip sampah sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pihak polis yang kini sedang menjalankan siasatan.