Suri rumah maut dijerut penyamun

Loading...

Seorang suri rumah berusia 32 tahun ditemui maut dipercayai akibat dijerut dengan tali nilon selepas rumahnya dimasuki penyamun, lapor Astro Awani

Dalam kejadian petang semalam di rumah mangsa di Taman Permai, Kampung Tawas, mayat mangsa ditemui terbaring di ruang utama rumahnya oleh adik ipar sekitar jam empat petang. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, SAC Yahya Abd Rahman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai disamun dan sejumlah barangan kemas yang bernilai anggaran RM3,000 telah hilang. 

"Pemeriksaan awal polis mendapati terdapat kesan jerut di leher mangsa, dengan tali nilon yang diikat pada tingkap. 

"Ketika kejadian, bapa mertua mangsa berada di rumah tetapi di dalam bilik lain. Bapa mertuanya itu mempunyai masalah pendengaran, dia tidak mendengar mangsa menjerit," katanya. 

Pihak polis mengesyaki kejadian itu dilakukan oleh dua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an. berdasarkan hasil siasatan dari video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran. 

"Kita (polis) nampak suspek masuk ke dalam rumah kurang 10 minit dan kemudian terus keluar. Kita juga percaya suspek mempunyai pertalian darah dengan mangsa," katanya. 



Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.

Pihak polis  kini sedang mengesan kedua-dua suspek dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.