'The real horror story about her yang orang tak tahu' - Kisah seram yang berlaku di kuarters penjara selepas Mona Fandey dihukum gantung


Sejak filem Dukun diluluskan tayangan dan mula ditayangkan di pawagam malam tadi, ramai yang mengaitkan ceritanya diadaptasikan dari kisah sebenar. Namun pihak penerbit filem berkenaan menafikan dakwaan orang ramai itu.

Pun begitu, timbul kembali cerita mengenai Mona Fandey yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati berikutan kes seorang ahli politik yang dibunuh dan dikerat kepada 18 bahagian sebelum ditanam.

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya anak kepada kakitangan penjara menceritakan kembali beberapa kejadian yang berlaku di kuarters penjara selepas Mona Fandey dijatuhkan hukuman gantung. Katanya, cerita ini tidak pernah didedahkan oleh media.

AKU duduk di Penjara Kajang lebih 20 tahun. Wanna hear the darkside right after dia digantung? Aku nak cerita the real horror story about her yang orang tak tahu. 

First of all, I didn’t say the article was fake. But it’s news you know, they won’t write the ‘darkest’ side since she’s already gone. Apa yang terjadi semasa and selepas dia digantung? Hanya kami sebagai penduduk Penjara Kajang saja yang tahu dan cerita ini tak pernah tersebar di luar. So, be ready. Sebelum menjadi perbualan, bukan niat mengaibkan tetapi netizen perlu tahu.

Apa yang tersebar selama ini sekadar 50%. So marilah kita bersama sama mengimaginasikan kisah ini agar ianya menghantui malam anda semua 

Tak dinafikan, sepanjang di penjara dan sebelum hukuman gantung Mona, dia memang sangat pandai mengaji, solat tak tinggal. Namun itu semua reaksi biasa jika kau seorang Banduan Akhir (BA) yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. 90% BA semuanya begitu. Namun di sekitar malamnya di dalam sel penjara tersebut, apa yang sering terjadi? Tiada siapa pernah tahu. Nak tahu?

Sebelum ada yang tanya “Lamanya duduk Penjara Kajang sampai 20 tahun, kes apa bang?”. Meh aku bang dekat telinga kau. Aku anak staff, bukan banduan sana, okey.

So cerita yang orang nampak Mona di Chow Kit bagai itu memang tak betul. Apa yang tak betulnya? Tempat itu tak betul and yeah, she can be at two places at the same time back then. How? Only God knows. 

Tak perlulah aku ceritakan keadaan dalam sel penjara itu macam mana. Yang baca pasti pandai imaginasi. Long story short, pernah tengok cerita Mantera kan? Selepas jadi perkara itu banyak kali, lebih kurang macam dalam filem itulah sel Mona ini diorang ‘pagar’. Selepas buat macam tu, barulah ‘kurang’ mengacau sampai luar. 

Ada yang cerita Mona terapung bagai, itu bohong. Apa yang bohong? Terapung tu, yang betulnya dia menghadap dinding sel berborak setiap malam after isya’ and sebelum subuh. Apa yang diborakkan? Tak dapat didengar dengan jelas tetapi ada beberapa warden yang dapat dengar sedikit percakapannya tentang 'misi memulihkan'. Misi apa? Aku tak tahu, nak tahu nanti aku suruh Mona cakap dekat ‘kawan’ dia tu jenguk kau dan cerita apa yang patut.

Hanya perkara seperti itu saja yang berlaku selama dia berada dalam Penjara Kajang. Sampailah saat dan hari dia menjalani hukuman gantung pada 2/11/2001.

Seperti semua BA yang lain, Mona juga tidak terkecuali mendapat soalan selepas dia selesai solat subuh, “Ada permintaan terakhir?”. Kebiasaannya banduan akan meminta tinggalkan pesan apa apa, atau bagitau waris bahawa dia sayang diorang bagai and menyesal. Selepas diajukan soalan itu, kau tau apa permintaan Mona yang terakhir, yang tidak pernah diceritakan sehingga ke hari ini? 

Kemenyan. Ye kemenyan yang Mona minta. Dia nak buat apa? Jangan tanya aku, tanya Mona sendiri. 

“Macam mana kau tau? Sembang ah. Tipu ah!”

Aku cerita apa yang aku tahu melalui ayah aku, jiran aku, and one of aku punya ustaz agama dekat Penjara Kajang. Why them? Sebab diorang sebahagian daripada warden yang ditugaskan untuk melaksanakan hukuman gantung Mona. That’s how I know. 

Then berlangsunglah hukuman gantung Mona dengan sempurnanya. Alhamdulillah. Tiada apa yang pelik pun berlaku jangan nak suspen sangat. Until diorang periksa jasad Mona untuk pastikan segalanya selesai.

My father and some of warden, terkejut. Sepanjang 35 tahun pengalaman kerja, inilah kali pertama orang kena hukuman gantung tiada setitik lebam pun di leher jenazah. Even kau kebal mampos sekalipun, besi di tali gantung tu pasti meninggalkan kesan bengkak pada leher jenazah. You guys know how tali gantung berfungsi right? Kalau tak tahu, Google

“Macam mana jadi gitu?? Tak logik ah”, soal pendengar kisah ini pada masa itu. 

Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Then selesailah segala urusan hukuman Mona. Penuh wartawan macam ada Jom Heboh di Penjara Kajang pada masa itu. Dia dikebumikan di tapak perkuburan Sg Kantan Kajang ini. Dan kami sebagai penduduk penjara (staff and anak staff aka bukan banduan okey) sedikit sebanyak lega, sebab tiada lagi banduan yang ditakuti ramai, most magical and most wanted in Malaysia at that moment. Sehinggalah malam pertama setelah dia digantung.

Tempat aku duduk tu Taman Wira Jaya namanya. Aku tahu korang tak nak tahu tapi mamposlah, aku nak beritahu juga. So malam itu orang ramai la pakcik makcik anak muda membawang bawah flat, cerita pasal penggantungan Mona ini. Sampai pukul 11 malam lebih kurang, seorang demi seorang beransur pulang.

Aku pula selaku anak muda taman itu, takkan nak balik? Malam masih muda, lepaklah apa lagi sampai pukul 2:30 pagi macam tu. Aku dengar dari rumah di depan blok menjerit! Aku dengan member aku steady, sikit pun tak panik, cuma itulah kitorang terus balik rumah sendiri nak beritahu pada mak ayah. Maklumlah anak muda lagi masa tu. Bukan takut tau, just refer pada yang lebih arif.

Masuk rumah dengan niat nak beritahu parents aku pasal bunyi jiran menjerit itu.Then dengar ayah aku borak, “Ya Allah kau betul tak ni? Tunggu kejap aku panggil Zul dengan Wan datang tengok” One of them adalah ustaz yang ada masa penggantungan Mona. Bila dah perkara itu, aku buat-buat tanya lagi. “Kenapa bah?” nak tau ayah aku cakap apa?

“Jal, tu umah pakcik blok depan tu. Bini dia nampak Mona Fendy keluar tandas pergi dapur. Ni abah nak pergi tengok kejap, kau tunggu dengan mak dekat rumah. Kunci pintu dan pasang ruqyah.”

Aku pun apa lagi, anak jantan kot?. Takkan takleh jaga mak aku, kan? Aku pasang ruqyah, kejut akak aku dan ajak borak dekat beranda. Nampak? Bijak, kan?

By the way, beranda rumah aku menghadap blok makcik berkenaan. So boleh nampak beranda rumah dia dari beranda rumah aku yang masing-masing di tingkat 1. Aku pun nak tengok juga apa yang terjadi. Bukan tak nak keluar pergi sana, tapi aku bagi pada orang yang lebih arif uruskan.

Selang 10 minit kemudian, aku nampak ayah aku, ustaz itu and 4-5 orang pakcik lain jalan kaki pergi rumah makcik yang menjerit tadi. Aku tak tahulah apa yang berlaku dan apa yang diorang buat. Tetapi tak sampai 15 minit, diorang berada dalam rumah itu. 

Aku dengar ada perempuan menjerit lagi. Kali ini rumah sebelah tangga makcik tadi. Aku tengok ayah aku dan pakcik-pakcik yang dok dekat umah makcik first tadi pun keluar ke beranda nak tengok jeritan dari mana. Haaa, dah start kecoh dah kuarters penjara dari sini. 

This time yang jerit itu bukan makcik, tapi kakak member aku dekat blok yang sama just, tangga sebelah. Orang muda punya jerit, bukan main kuat lagi. Aku perasan berapa buah rumah terus terpasang lampu. Gila kau, pukul 3 pagi camtu perempuan jerit, Titanic pun boleh terbangun dari tidur. Aku yang dengar ini pun rasa nak pecah telinga. This time aku keluar, nak tengok. Pasal tu rumah member aku. Dengan pantas aku keluar pergi kat ayah aku and follow dia pergi rumah member aku. Sampai saja, bagi salam bagai dan masuk. Tapi aku duduk luar. Maklumlah anak muda. 

Jengah ke dalam, nampaklah kakak member aku ini nangis bukan main. Apa yang aku dengar dia cakap “Sumpah mak tadi dia duduk dekat situ, kakak sumpah” sambil sambung nangis. Ayah dia tanya “Betul dia?” Aku dalam hati “Siapa je tak cam Mona?”.

Aku panggil member aku dan tanya betul ke kakak kau nampak. Dia cakap, dia pun nampak. Member aku cakap dia duduk je, lepas akak dia menjerit, benda itu terus keluar ikut sliding door, hilang. Rumah member aku tingkat 3 kat situ. Lepas aku dengar camtu, aku terus masuk dalam meramaikan majlis. Bukan sebab takut tetapi aku muda lagi masa tu korang kena paham, adrenalin lain macam. 

So masuk rumah tengok ustaz and pakcik-pakcik bagi penenang kat kakak dia, call sana sini info orang lain. Then aku tengok luar bawah flat ramai orang berkumpul. Tak sampai setengah jam.. Naaah kau! Terdengar lagi suara perempuan menjerit di belakang. Kali ini blok aku tetap bukan rumah aku. Nasib baik. 

Huru haralah orang di bawah pergi rumah itu pula. Aku tak ikut la this time, pasal dah tau sangat apa puncanya. Kecoh  taman aku malam itu. Selepas satu rumah ke satu rumah ‘dia’ masuk. Habis orang dipanggil buat ‘pagar’ sana sini

“Kau tak nampak ke? Sembang je” 

Ye tak, aku tak nampak, selamat dan bersyukur. By the way sebelum makin ramai yang cakap aku borak, ni alamat dulu aku dekat sana. So tak payah tanya macam mana aku tahu. Kau duduk bandar diam saja situ baca je pengalaman ini sebelum aku ubah ending dia jadi “Lalu aku pun tersedar dari tidur sebab mak aku kejut bangun pagi nak pergi sekolah”. Haa nak?!


Setelah semuanya agak reda pagi itu, barulah ayah aku and pakcik-pakcik lain kumpul nak membawang dan mencari jalan penyelesaian. Namun buntu, diorang cakap cukup setakat situ, semua balik ke rumah masing masing dengan harapan ianya sudah berakhir.

Namun, huru hara dia bukan setakat di situ saja. Habis sampai ke luar orang nampak. Ada seorang pakcik itu sampai masuk longkang eksiden jalan straight, apahal?? Tanya, dia jawab apa. “Nampak Mona jalan dekat tembok Man, menggelabah aku atas motor ini”

Dalam 3 hari setelah penggantungan Mona, tak tenang la tidur malam kami penduduk situ yang tau apa yang berlaku. Namun tetap kami gagahi demi cinta kepada tanah air ini. Habis segala orang usaha untuk bendung dari berterusan, until malam ke 7 atau 8 macam tu aku tak berapa ingat.

Aku ajak member tidur rumah aku. Biasalah anak staff, tidur rumah kawan ni dah jadi kebiasaan, mak bapak tak kisah sebab kenal lama satu tempat kerja. Pukul 2 pagi macam itu dari dalam bilik aku, member aku boleh tegur kata,

“Jal, siapa dia mandi dalam bilik air? Aku nak berak ni”

Aku nak marah dia tak sampai hati, sebab dia lagi besar dari aku. Aku pun beranikan dirilah cakap “Akak aku la tu kot?” Then dia cakap, “Sedap akak kau nyanyi kan”

Aku termenung dan dengar suara itu dengan teliti. Mampos, bukan suara akak aku dan bukan suara mak aku sebab diorang tak pandai menyanyi. Otak aku berpusing, fikir macam mana caranya untuk menghilangkan rasa nak berak member aku ni. Sebab aku pasti dan yakin yang dalam bilik air tu bukan mak aku atau akak aku.

Aku ajak member aku keluar bilik nak usha keadaan, aku bukak pintu then keluar tengok ruang tamu. Mak aku tengah sedap tidur dengan adik perempuan aku. Pintu bilik akak aku tutup rapat. Bilik air? Shower terpasang and lampu terbuka. Ayah aku? Kerja malam.

Dah tak kedengaran suara nyanyian tadi. Tapi bohonglah kalau aku tak ada rasa ragu-ragu nak buka pintu bilik air. Aku pun apa lagi, pasang ruqyah, then suruh member aku pergi buka pintu bilik air. Member aku ini bagus, jenis patuh. Terus ketuk pintu bilik air sambil berkata,

"Akak kat dalam ke? Ijan sakit perut ni"

Namun, tiada jawapan. Apa jadi? Member aku blah masuk bilik dan tinggalkan aku sorang. Babi! Aku pun dah resah punya pasal, try ketuk ketuk sampai terbuka pintu bilik air. And there is no one in there, hanya shower terpasang. Dengan pantas aku tutup semua and baring dekat ruang tamu sekali mak and adik aku

Baru 5 minit nak hilangkan keresahan, dengan selambernya adik perempuan aku boleh terjaga dan terus duduk, pandang menghadap dinding serta berborak. Remember that I’ve told you before apa Mona buat dalam sel act? Itu yang adik aku tengah buat. Itu saja yang dapat aku bayangkan masa itu.

Aku jammed. Kejut mak aku, tak bangun pulak. Aku gagahi panggil “dik, apahal kau ni? Cakap dengan siapa?” Dia tak layan, masih berbisik dengan dinding. Me be like please girl not at this hour. Setelah beberapa kali panggil, akhirnya adik pusing dan pandang aku. Dia kata, 

"Perempuan itu cakap jam itu pusing laju bang."

Mampos! Aku pusing kiri kanan, tengok, perempuan mana pula dah?

“Merepek apa kau ni. Perempuan mana?"

"Itu, perempuan di kerusi tu. Dia kejut adik tadi, marah marah dan cakap jam tu berpusing laju. Cepat sangat nak subuh nanti dia dah takde masa dah"

Korang dapat tangkap tak apa yang bermain di fikiran aku masa tu? Aku terfikirkan Mona yang marah adik aku then suruh perlahankan jam supaya lambat sampai subuh sebab dia kena gantung lepas subuh.

Aku takde idea. Aku tengok adik aku pun dah macam nak menangis muka and still borak bisik-bisik dengan siapa entah. Aku tarik, baringkan sebelah mak aku. Adik aku baring, tak sampai 10 saat, pintu bilik air aku berbunyi macam ada orang tolak. Aku dongak kepala, adik aku pun sama. And then ada perempuan keluar dari pintu bilik air dan adik aku terus cakap.

"Haaa! Perempuan itulah cakap jam tu pusing laju tadi”

Dik. You gotta be kidding me. And that thing straight terus ke dapur. Aku kaku. Walaupun aku tak nampak rupa dengan jelas, namun aku yakin itu ‘dia’ setelah semua yang berlaku kat tempat aku sehingga ke hari itu.

Kalini aku tak nak gagahi dah! Kejut mak aku dengan cara paksalah apa lagi. Masuk bilik panggil member aku yang lena diulit intan. Then pergi dapur, pintu dapur terbuka luas and no one even there. Mak aku blur tanya, “Kau kenapa ngah?". Aku suruh adik aku cerita kat mak aku.

Selepas mendengar apa adik aku cakap, terus call penjara dan minta ayah aku balik rumah. Akak aku? Bangun terpinga-pinga tak tahu apa-apa sampailah ayah aku dah balik. Balik dari mana? Rumah flat lama, ada orang nampak Mona dalam rumah juga right after rumah aku. Maka berjagalah kami sampai ke subuh dengan harapa perkara ini tidak berlaku lagi. 

Alhamdulillah setelah seminggu kawasan perumahan ini panas, ia berjaya dipulihkan oleh seeorang yang memang arif dalam hal ini. Yang menyatakan segala amalan Mona tidak habis dibuang semasa dia masih hidup. Dan apa segala 'amalan' yang tinggal di hujung hayat dia, itulah yang mengganggu perumahan aku pada masa itu.

Dengan diiringi cerita yang aku tak pasti kesahihannya, mengatakan yang Mona mengucapkan sebelum nafas terakhirnya, 

“Huhh! Aku tak akan pernah mati di dunia ini” 

Inilah some darkside story based dari pengalaman aku sendiri setelah penggantungan Mona suatu masa dulu.  

“Tapi macam tak horror je?”, “Tak seram pun? Takkan itu saja?”

Yup. Some facts aku tapis sikit, untuk menjaga sensitivity bersama. Keyword, “some”. Should’ve add that ‘some’ on top of this thread. My bad, sorry. First time buat thread, won’t happen again.

Sumber: @faizalcfc