(Video) Ibu suap anak dengan berudu hidup, percaya ia akan beri kesihatan yang baik


Mengelikan! Seorang wanita di China dirakam menyuap anak lelakinya dengan beberapa ekor berudu hidup kerana percaya amalan itu akan memberi kesihatan yang baik kepadanya, lapor Daily Mail

Video tersebut viral meluas di media sosial China mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan tidak bertamadun si ibu berkenaan. 

Menurut seorang doktor, kanak-kanak lelaki itu berisiko mengalami penyakit sparganosis, penyakit jangkitan cacing pita yang jarang berlaku yang berpunca dari pengambilan makanan yang tidak dimasak. 



Difahamkan, video tersebut mula viral di media sosial pada 1 April yang menunjukkan si ibu menyuap anak lelakinya itu dengan tujuh ekor berudu yang masih hidup. 

Si ibu mendakwa dia hanya mengikut petua orang lama yang mendakwa ia boleh memberi kesihatan yang baik selepas menelan beberapa ekor berudu tersebut. 

Mengikut amalan perubatan tradisional mendakwa, berudu boleh merawat penyakit cysts dan menyahkan toksik dari badan. Bagaimanapun, doktor pakar berkata, berudu mengandung banyak parasit dan individu yang memakannya berisiko mendapat penyakit Sparganosis. 

Netizen mengecam tindakan si ibu yang jelas sekali membahayakan nyawa dan kesihatan anaknya dengan petua-petua yang tidak sahih itu.