(Video) Tukar lorong tak bagi signal, orang lain jadi mangsa

Loading...

Tindakan seorang pemandu kereta Honda Civic yang cuba memasuki lorong kiri secara mengejut tanpa memberi lampu isyarat ke kiri menyebabkan kenderaan lain menerima akibatnya. 

Dalam kejadian jam 6.31 pagi Khamis, Video rakaman dashcam kereta mangsa menunjukkan Honda Civic terbabit memandu secara melulu dan hampir menyebabkan dua lagi kereta di hadapannya bergesel. 

Pemandu van Toyota Hiace yang terkejut dengan tindakan kereta terbabit terus mengelak ke kiri dan bergesel dengan besi penghadang jalan menyebabkan keretanya calar di bahagian kiri depan dan belakang. 

Sejurus selepas kejadian itu, pemandu terbabit meneruskan perjalanannya sebelum dikejar semula oleh mangsa yang kemudian cuba menuntut pemandu itu bertanggungjawab di atas kemalangan kecil itu. 

Bagaimanapun kata mangsa, pemandu terbabit enggan bertanggungjawab dan melarikan diri. 

Difahamkan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.