(Video) 'Rasain deh lo'

Loading...

Padah merempit di jalan raya yang basah, seorang penunggang motosikal terjatuh dan terseret beberapa meter di tengah jalan. 

Dalam kejadian yang tidak dinyatakan masa dan lokasinya itu, rakaman video dari dua rakannya menunjukkan mangsa pada awalnya melakukan aksi superman dengan motosikal yang dipandu dengan laju di lorong kanan. 

Entah bagaimana, secara tiba-tiba mangsa terjatuh dipercayai akibat tergelincir dan motosikalnya hampir dilanggar oleh sebuah kenderaan SUV di lorong tengah. 

Mangsa yang terjatuh secara meniarap terseret beberapa meter ke hadapan dan nyaris dilanggar oleh rakannya dari belakang. 

Tidak diketahui bagaimana keadaan mangsa, namun tindakan lima penunggang motosikal itu dikecam teruk oleh netizen. 

"Handal adik ni. Moga jadi pengajaran. Tu fly macam superman, tandanya riak. Kalau dah 40 orang sumpah kau bawa macam tu, maknanya akan jadi doa. Harap berubahlah ye. Sayang mak dan ayah kamu," kata Amat. 

"Main sebelah kereta time hujan, memanglah angin tolak. Lagi-lagi hujan, jatuhlah jawabnya. Hahaha!" gelak Azerill mentertawakan mangsa.