'Aku baru lepas kena samun kat lampu isyarat' - Mangsa

Loading...

Seorang pengguna Twitter, menasihati wanita-wanita di luar sana agar berhati-hati dengan kejadian jenayah yang boleh berlaku di mana-mana sahaja. Jyha Lee mendakwa dirinya telah disamun di simpang tiga lampu isyarat menuju ke Padang Balang Sentul. 

Semasa kejadian berlaku, dia baru sahaja pulang dari pejabat dan mahu menuju ke rumah saudaranya untuk berbuka puasa. Sebelum kejadian itu berlaku, dia sudah meletakkan beg tangannya di bawah kerusi. Secara tiba-tiba dia terdetik untuk menelefon ayahnya. 

Sementara menunggu lampu isyarat bertukar, dia mengambil beg tangan dan meletakkannya di atas kerusi untuk mengambil telefon bimbit. Tidak sampai seminit dia mengambil telefon bimbit tersebut, datang seorang lelaki memecahkan tingkap kereta sebelah penumpang hadapan.

Kejadian itu berlaku dengan sangat pantas dan beg tangannya telah dirompak dan dilarikan. Mangsa tidak sempat berbuat apa-apa tetapi sempat menghafal nombor pendaftaran motosikal tersebut, PNC4494. 

Difahamkan cermin keretanya telah dipasangkan dengan tinted gelap 80 peratus. 

Menurut netizen, perompak berkenaan mungkin menggunakan spark plug untuk memecahkan cermin kereta mangsa. - FOTO NETIZEN

Ekoran kejadian itu, Jyha menasihatkan golongan pemandu khususnya wanita tidak meletakkan beg tangan di atas kerusi penumpang di bahagian depan. Sebaiknya disorokkan di tempat yang tidak dapat dilihat oleh orang luar. 

“So hati-hati la wanita diluar sana, aku baru lepas kena samun kat lampu isyarat tunggu lampu merah petang tadi. Bulan puasa ada setan-setan manusia yang tak boleh nak ikat da, diorang sibuk cari duit raya.

“Dugaan. Semoga apa yang berlaku pada aku menjadi iktibar kepada wanita di luar sana. Lepas ni, jaga-jaga handbag jangan lagi letak kat sebelah penumpang tu. Kalau boleh, sorok selagi mampu, penjenayah ni tak kira tempat, mana-mana je diorang boleh samun. So berjaga-jaga la semua ya," tulisnya.