'Aku dah cakap, jangan cari pasal dengan aku' - Faizi dakwa Syafiq merayu kepadanya untuk padamkan video viral

Loading...

Seorang individu yang dikenakan sebagai Faizi Khairuddin dipercayai individu yang bertanggungjawab menyebarkan beberapa klip video yang didakwa milik pelakon Syafiq Kyle.

Berdasarkan gambar rakaman skrin perbualan di Instagram, Faizi berkata, "Aku dah cakap, jangan cari pasal dengan aku!" yang terdahulu disoal apakah tindakannya itu dilakukan kerana dendam. 

Faizi juga memuat naik mesej yang didakwa dari Syafiq kononnya meminta maaf dan merayu agar Faizi memadamkan semua video-video tersebut serta mengajaknya untuk berbincang. 




Bagaimanapun, netizen meragui gambar-gambar yang dimuat naik itu dan mendakwa Faizi telah menyunting gambar tersebut bagi mengeruhkan lagi keadaan dan menjatuhkan Syafiq. 

Menyedari diri dikecam dan dituduh membuka aib, Faizi kemudian memadamkan gambar-gambar tersebut dari Instagramnya.



Sehingga kini, Syafiq masih mengunci mulut mengenai perkara ini dan kebanyakan peminat juga masih menantikan jawapan serta tidak kurang juga yang memberikan sokongan moral pada pelakon yang kini muncul menerusi drama Nur itu.

Sumber: mStar Online, Media Hiburan, Pinky Minky

BERITA BERKAITAN: