Angkuh dan anggap rakyat terhutang budi punca BN tewas PRU14 - Johari


Keangkuhan Barisan Nasional (BN) dan menganggap rakyat Malaysia akan selama-lamanya terhutang budi dan terus memberi mandat memerintah kepada BN, menjadi punca utama parti itu tewas teruk di PRU14 9 Mei lalu, kata bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. 

Menurut Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu, rakyat sudah berubah dan beralih kepada Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih dipercayai untuk memulihkan Malaysia. 

Tambah bekas menteri kewangan itu, strategi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir mewujudkan tanggapan di kalangan pengundi berhubung isu rasuah dan ketelusan untuk menumbangkan BN berhasil. 

Selain itu, pengundi juga tertumpu pada isu kenaikan kos sara hidup, harga barangan dan GST yang semakin membebankan, yang dibangkitkan oleh pemimpin PH. 

"Dia (Mahathir) bangkitkan isu yang menyentuh integriti BN dan isu itu mendapat sambutan anak muda," katanya.

Sumber: MalaysiaKini