'Bagi tempoh 100 hari untuk hapuskan GST' - Azmin

Loading...

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Pakatan Harapan (PH) memang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini adalah kerana rakyat muak dengan cara pengurusan kewangan di Putrajaya, skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kos sara hidup yang semakin tinggi di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN), lapor Sinar Harian. 

Beliau berkata, PH yang diterajui oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR, DAP dan Warisan berjaya menyakinkan rakyat untuk melakukan perubahan itu. Azmin gembira kerana rakyat menerima dasar parti yang diberikan.

"Mereka (rakyat) telah berikan harapan kepada Harapan untuk mengubah negara kita. Kita juga telah memutuskan Harapan dibentuk, dalam tempoh 100 hari, cukai barang dan perkhidmatan akan dihapuskan," katanya.

Dalam pada itu, Azmin juga mengakui pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap rakyat serta anggota UMNO, selain pengalaman lama dan mentadbir kerajaan menjadi faktor utama kejayaan Harapan. 

Azmin juga meluahkan rasa bersyukurnya kepada rakyat Malaysia di atas keputusan yang amat bersejarah ini dengan tumbangnya BN dalam PRU14. 

"Ini yang dinantikan bahawa rakyat Malaysia setelah sekian lama menantikan perubahan secara keseluruhan bagi memastikan Malaysia ditadbir secara bertanggungjawab," katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN seringkali menafikan dakwaan kononnya harga barang tidak akan naik jika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan sebanyak 6% dilaksanakan. Bagaimana dalam tempoh awal perlaksanaan GST sudah banyak menerima banyak rungutan rakyat.