Burung merak trauma ekor dicabut pengunjung zoo


Malang nasib empat ekor burung merak apabila bulu di bahagian ekornya dicabut pengunjung di sebuah zoo di Jiangsu, China. Keadaan itu memaksa pihak zoo terpaksa mengadakan kawalan ketat terhadap pengunjungnya, lapor Shanghaiist

Zoo Liwan yang terletak di sebuah taman yang luas di bandar Yangzhou, membenarkan para pengunjung berkeliaran secara bebas dengan beberapa jenis haiwan. 

Awal tahun ini, ada beberapa pegunjung yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mencabut bulu di bahagian ekor seekor burung mereka. 

Kejadian itu menyebabkan pihak zoo terpaksa memperketatkan kawalan dan memberikan amaran kepada para pengunjung agar tidak mengganggu burung-burung berkenaan. 

Malangnya, usaha pihak zoo itu gagal dan tidak berkesan apabila baru-baru ini ada pengunjung yang memuat naik gambar empat ekor burung merak yang 'kehilangan' bulunya. 

Ekoran itu, pihak zoo berjanji akan mengarahkan dua pekerja tambahan untuk memerhatikan kelakuan pengunjung dan juga akan menangkap individu yang tidak bertanggungjawab seperti itu dengan tindakan tegas disenarai hitamkan dari memasuki zoo sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 



Difahamkan, kecantikan bulu burung merak itu mengundang segelintir pengunjung yang tidka bertanggungjawab cuba mengambil bulunya. 

Tahun lalu, satu keluarga didapati mengejar burung merak dan mencabut bulunya dalam kejadian di Taman Hidupan Liar Badaling di Beijing. Dalam tahun yang sama, dua ekor burung merak juga menerima nasib yang sama sehingga mengalami trauma.