Cemburu isteri dihantar pulang lelaki lain, suami pukul lelaki itu dengan batang paip besi

Loading...

Gara-gara cemburu, seorang lelaki cedera dipukul dengan batang paip besi oleh suami kepada rakannya sehingga mengalami kecederaan di tangan dan belakang badan, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 5.20 petang semalam di Taman Fajar, Batu 7, Sandakan, mangsa berusia 51 tahun sebelum itu dikatakan menghantar rakan wanita berusia 37 tahun ke rumahnya. 

"Namun, sebaik tiba di lokasi kejadian, suami wanita terbabit yang berusia 37 tahun ternampak isterinya dan mangsa di dalam sebuah kereta. 

"Ia dipercayai menyebabkan lelaki itu cemburu sehingga dia terus menyerang mangsa dengan batang paip besi," kata sumber Harian Metro

Difahamkan, lima hari yang lalu isteri suspek telah menuntut cerai kerana suaminya itu malas bekerja. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Sabah, Senior Asisten Komisioner Jauteh Dikun, mengesahkan kejadian itu dan siasatan awal mendapati suspek cemburu mangsa menghantar isterinya pulang ke rumah. 

"Siasatan awal mendapati, suspek cemburu mangsa hantar isteri suspek balik rumah. Isteri suspek adalah kawan kepada isteri mangsa," katanya.

Polis kini sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.