'Faiz tengah down, jangan sulitkan keadaan, lemah lembutlah dengan dia' - Safiey Illias

Loading...

Kes viral Instafamous Faiz Roslan turut mendapat perhatian dari Safiey Illias yang menyuarakan kebimbangannya anak muda itu akan bertindak membunuh diri berikutan tekanan yang diterimanya. 

"Dia (Faiz Roslan) tengah down, jangan sulitkan keadaan. Lemah lembutlah dengan dia dan jangan terlalu kasar dengan dia. 

"Bagi masa pada Faiz untuk diri sendiri merasa serba salah di atas apa yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja. 

"Saya bukan nak backup dia, saya tak sokong pun mana-mana pihak. Saya transparent. Saya takut keadaan menjadi lebih buruk sebab saya pernah alami apa yang merasa rasa. 

"Rasa down, serba salah, sedih, dipulaukan, dihina dan pelbagai lagi. Semua ini membawa kepada depression (tekanan). Saya sendiri pernah rasa benda ini. Rasa tersisih sampai tahap benci pada diri, rasa nak bunuh diri dan mulalah nak buat benda yang tidak waras. 

"Saya bercakap atas dasar kasih sayang. Korang mungkin boleh cakap apa saja tetapi siapa yang pernah rasa depress ini teruk sangat-sangat. 

"Bagi dia masa dan ruang," tulis Safiey di Instagramnya. 

Safiey juga memaklumkan dia akan menegur Faiz sekiranya anak muda itu berkelakuan melampaui batas, namun meminta orang ramai tidak mengecamnya terlalu teruk kerana tindakan itu akan membuatkan mereka semakin jauh tenggelam. 


"Kami tak baik, cuma jangan pulaukan kami. Saya sokong perbuatan mana-mana artis nak tegur tetapi janganlah melampau sangat. Setiap orang ada buku lama, dulu pun seksi-seksi juga, tergedik-gedik juga, menyanyai melalak sakan juga. 

"Teguran kita yang buat orang rasa putus rahmat Allah pun akan disoal kelak. Yang salah tetap salah, tak pernah sesekali saya cakap betul dan muhasabahlah diri masing-masing. Saya cakap untuk diri sendiri juga," tulisnya. 

Terdahulu, Faiz memohon maaf di atas penularan video pengakuannya tidak berpuasa yang dikecam netizen. Tertekan dengan kecaman netizen, Faiz mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dari media sosial sehingga raya. 

Sementara itu netizen pula meminta Faiz terus mendiamkan diri dari media sosial. Namun ada segelintir netizen pula berharap Faiz berubah dan kembali sebagai lelaki sejati serta berhenti melakukan perkara-perkara yang tidak membawa manfaat kepada masyarakat.