Gaji menteri potong 10% - PM

Loading...

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa gaji jemaah menteri akan dipotong sebanyak sepuluh peratus. 

Langkah itu katanya, bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terhadap masalah kewangan kerajaan. 

"Jemaah menteri setuju supaya gaji menteri dipotong 10 peratus. (Potongan) ini berdasarkan gaji asas.

"Kita tidak bercadang untuk naikkan gaji menteri," katanya.

Selain dari itu, kerajaan juga mengambil keputusan berikut:
  • Majlis Profesor Negara akan dibubarkan.
  • SPAD akan dibubarkan, tugas dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan.
  • Kebanyakan pegawai lantikan politik akan ditamatkan.
  • Kerajaan tidak akan naikkan harga petrol ketika ini.
  • Kerajaan tidak berhasrat beli balik Proton.
  • Jemaah Menteri kaji dan dapatkan cara-cara untuk kurangkan hutang negara.
  • Kerajaan akan pastikan penjawat awam bergaji rendah tidak akan menjadi mangsa langkah pengurangan penjawat awam.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir mengadakan mesyuarat pertama Kabinet baharu di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi. 

Beliau mempengerusikan mesyuarat pertama itu selepas HARAPAN memenangi Pilhan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Sumber: MalaysiaKini