'Imigresen tak benarkan saya dan keluarga ke luar negara' - Najib


Jabatan Imigresen Malaysia melalui Facebook rasminya memaklumkan bahawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor baru sahaja disenarai hitamkan dari keluar negara. 

Terdahulu media melaporkan Najib dan Rosmah akan terbang ke Indonesia untuk bercuti selama dua hari menaiki sebuah pesawat persendirian dari Indonesia yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Subang pada jam 6 pagi hari ini sebelum berlepas pada jam 10 pagi ke Lapangan Terbang Perdanakusuma. 


Dalam laporan Malaysiakini, Najib dan Rosmah telah disenarai hitamkan dari keluar negara. Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali menafikan dakwaan itu. 

Bagaimanapun, dalam kenyataan terbaru yang dimuat naik pada jam 11 pagi tadi, Imigresen mengesahkan Najib dan Rosmah baru saja disenarai hitamkan dari keluar negara. 



Najib melalui Twitternya pada pagi tadi juga memaklumkan dia dan isterinya akan mengambil cuti singkat selama dua hari dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia di atas peluang yang diberikan untuk memimpin negara.  

Dalam respon terkini Najib, dia akur dan hormat dengan arahan Imigresen itu.

"Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara," katanya.


BERITA BERKAITAN: