'Invest RM40 juta, dapat pulangan RM250 juta untuk RTM' - Netizen usah cepat melatah, baca dan faham penjelasan ini


Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengumumkan 41 dari 64 perlawanan Piala Dunia 2018 akan ditayangkan di saluran RTM. Sebanyak 27 perlawanan yang akan ditayangkan adalah secara langsung, manakala bakinya disiarkan melalui siaran tertangguh.

Difahamkan, kerajaan akan peruntuk RM40 juta untuk tujuan itu. Bagaimanapun, pengumuman itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mendakwa tindakan itu tidak selari dengan keputusan kerajaan yang mahu mengamalkan dasar berjimat cermat dalam perbelanjaan kewangan negara berikutan hutang negara mencecah RM1 trilion. 

Dalam kenyataan Gobind semalam, butiran terperinci mengenai bagaimana peruntukan berkenaan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara hari ini. 

Sementara itu, tampil seorang netizen, Zulhafidz Yahaya, memberi pandangan dan penjelasannya berhubung isu berkenaan agar netizen tidak terlalu cepat melatah dan faham dengan keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan baharu itu. 


BETUL ke RM40 juta untuk World Cup 2018 itu belanja hangus? Ada orang RTM menjelaskan, RM40 juta itu bukan belanja hangus, tetapi RM40 juta itu untuk beli hak penyiaran sebulan. 

Iklan 10 saat waktu penyiaran itu berharga RM15,000, 30 saat iklan berharga RM30,000 (Contoh per slot, biasanya air time tak jual per slot. Ada pakej-pakej terus untuk sepanjang penyiaran etc. Tambahan, peak rate berbeza dengan normal rate card.)

Sepanjang hari ada dua atau tiga perlawanan. Sepanjang satu jam sebelum perlawanan ada beberapa iklan. 15 minit half time beberapa iklan muat. Satu jam selepas game lagi. Iklan waktu ulangan siaran pagi. Darab dengan bilangan game dan siaran. 

RM40 juta invest, bakal dapat lebih daripada RM250 juta income kepada RTM milik kerajaan (read additional notes). Ini juga sebahagian dari usaha untuk menaiktarafkan RTM dalam tempoh enam bulan seperti yang diarahkan oleh kementerian. 

Astro Awani telah mengambil langkah drastik sejak PRU14. Rating naik berganda kerana pendekatan baru. Media Prima TV3 drop dan rugi beberapa tahun kerana pendekatan mereka di bawah kerajaan sebelum ini. RTM very slow move berpuluh tahun dikenali sebagai media propaganda kerajaan sahaja, low rating. 

Selamat Pagi Malaysia tidak lincah seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Nasi Lemak Kopi O (NLKO), Assalamualaikum, etc. RTM style 80-an, jadi, menteri baru nak revive RTM to be better. World Cup 2018 jadi batu loncatan untuk tarik viewer dan tarik content provider to sell great contents to RTM, with good graphics, motion reel terkini dan sebagainya. Kalau tengok HyppTV, ada channel W. Content independent banyak ditayang di sini. 

Orang niaga mesti tahu bab trafik broadcast, content investment etc. Belanja RM40 juta, dapat RM250 juta. Bukannya belanja hangus. 


KISAHNYA:

The 250 is a forecast number. Not to be exact. Tak wajib dapat begitu. Selain airtime advert, akan ada roadshow, merchandise, macam-macma rights lain etc. To be fair, the number boleh jadi lebih sikit atau lebih banyak. Depends on how team KKM and RTM will promote more. This is merely to justify, it's not a non-profit RM40 million investment dan bukan belanja hangus. 

You can add more studies on similar cases on NFC, Sturgeon and more to be more fair jika berminat and suka untuk study where tax money's go and where's the ROI. 

Normal rate card is different to peak/special rate card. Some countries do the bidding for this kind of rights. Broadcasting rights will give benefits more than just numbers. 

RTM akan dinaiktaraf dalam tempoh enam bula ndan World Cup 2018 ini menjadi batu loncatan. Tidaklah nanti bosan melihat grafik, visual RTM yang seperti 80-an. 


For the advertising fee and advertiser, jangan lihat kemampuan penaja dalam negara sahaja tuan-tuan. It's a world event. Cuba lihat iklan utama Moto GP, Trivago, boleh check berapa kemampuan marketing budget Trivago dan investor di sebaliknya. 

Astro actually untung billions on World Cup 2018. Tapi tak bolehlah letak level sama dengan RTM. Astro ada jualan lain. Astro ada apps. Jutaan orang download apps, dapat revenue dari Google lagi. Boleh tambah iklan dalam apps lagi. Astro ada langganan biasa dan langganan HD. Roadshow, merchandise bagai. That's why billions. 

Nak share boleh, nak copy pun boleh sebagai jawapan kepada status-status yang menyoal peruntukan RM40 juta ini. Cuma minta jasa baik jangan perli, caci maki, maki hamun bagai. We all Malaysian, kita semua warganegara. As warganegara Malaysia, semua ada hak untuk tahu benda yang mereka tidak tahu waima dari parti apa sekalipun. 

Dulu kita tak tahu langsung berapa kerajaan bayar itu ini untuk apa-apa tema perayaan, RTM, contoh event warna-warna Malaysia di Dataran Merdeka, Citrawarna bagai, rakyat tak tahu. Tetapi kerajaan baharu ini telus, beritahu serba serbi hal perbelanjaan awam. Which is a good new thing. Cuma keghairahan pada angka-angka ini akan berlaku pada pihak pembangkang. 

Sebelum ini, tanpa ada mana-mana pemecahan monopoli, semua keuntungan advertising skala besar dimonopoli oleh Astro (Formula One, MotoGP, World Cup bagai). Kerajaan kini mahu memecahkan monopoli itu agar Astro akan kurangkan bil tuan-tuan bila dia dah tak dapat monopoli. Bila ada persaingan sihat, Astro akan turunkan harga perkhidmatan mereka nanti. 


Kalau kerajaan nak paksa dia turun harga pakej mereka, kerajaan kena bayar pampasan atau beri subsidi jika dia setuju turun harga Astro. Seronok tak kalau harga Astro murah? Seronok tak kalau harga internet murah? 

Kerajaan tak boleh push mana-mana pihak untuk turunkan harga (bukan keperluan am), sebab itu hak peniaga. Tetapi kerajaan boleh kawal dengan cara merendahkan monopoli perniagaan. 


BERITA BERKAITAN: