'Jangan terperdaya GST akan naik 9% jika BN menang PRU14' - Najib

Loading...

"Ini pembohongan besar pembangkang," demikian tulis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Twitternya semalam menafikan dakwaan pembangkang kononnya kadar Cukar Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan ke 9%. 

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh beliau menunjukkan pembangkang mendakwa kadar GST akan dinaikkan ke 9% dari 6% jika Barisan Nasional (BN) menang majoriti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

"Ini pembohongan besar pembangkang. Mereka sebenarnya janjikan pengembalian SST 10 + 6%. 9 Mei kalau undi Harapan, 10 Mei mereka laksanakan. Tanyalah mereka," tulisnya. 

Justeru, Najib menyeru rakyat tidak terperdaya dengan dakwaan itu dan memberi jaminan bahawa kadar GST akan tetap pada kadar 6% sahaja.