Jeffrey Kitingan dilantik ssebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah


Malam tadi, Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri selepas dua Ahli Dewan Undangan (DUN) dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) bersetuju menyertai Barisan Nasional (BN) Sabah untuk membentuk kerajaan. 

Terdahulu, tindakan dua ADUN STAR itu membangkitkan kemarahan rakyat Sabah yang mengharapkan kerajaan baharu dibentuk di negeri itu. Malah, mereka mendakwa dua ADUN berkenaan telah mengkhianat kepercayaan pengundi mereka. 

Kabinet baharu Sabah menyaksikan Datuk Dr Jeffrey Kitingan bersama Datuk Masidi Manjun dan Datuk Hajiji Noor dilantik sebagai timbalan ketua menteri yang baharu. 

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, Jeffrey yang juga Presiden STAR turut memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, sementara Masidi mengekalkan portfolio sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri. Hajiji pula memegang portfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur. 

"Tujuh lagi menteri Kabinet negeri termasuk tiga timbalan ketua menteri yang dilantik sudah mengangkat sumpah malam tadi. 

"Kerajaan negeri merakamkan terima kasih kepada rakyat yang terus memberi sokongan kepada kerajaan dan juga kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari STAR kerana bersama kita membentuk kerajaan," katanya memetik laporan dari Berita Harian