'Kalau tak suka pun, jangan buat camni...'

Loading...

Isu vandalisme seakan sudah tidak dapat dibendung lagi malahan makin menjadi-jadi. Masyarakat terutamanya anak-anak muda masih lagi tidak mempunyai kesedaran sivik. Harta awam dirosakkan seolah-olah pada masa akan datang tidak ada siapa yang memerlukannya. 

Seorang pengguna Twitter mendedahkan ketika bapanya memandu kereta api dari Sentul ke Tanjung Malim, 18 cermin kereta api retak akibat dibaling batu oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Dia berasa kesal dengan tindakan itu kerana mereka tidak memikirkan keselamatan bapanya dan juga penumpang lain. 


Difahamkan, bapanya tidak mengalami kecederaan. 

Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Twitter beliau, gerabak kereta api tersebut dipenuhi dengan iklan kempen parti Barisan Nasional (BN). Beliau juga tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh golongan individu yang tidak gemar dengan BN menyebabkan kereta api itu menjadi mangsa vandalisme.

Beliau juga berkata, jika seseorang itu inginkan kerajaan yang lebih baik, individu itu sendiri yang perlu mengubah dirinya menjadi lebih baik.






Status Malisazam itu mendapat respon daripada netizen. Ada yang bersetuju dengan kenyataannya yang mengatakan sesetengah masyarakat inginkan kemajuan tetapi lupa bahawa maju itu perlu datang dari diri sendiri. 

Ada juga yang berpendapat masyarakat terlalu bercakap mengenai isu untuk mengubah sesuatu, menghina sesama sendiri sama ada melalui isu politik atau peribadi, tetapi isu kesedaran sivik ini tidak dipedulikan.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa isu ini bukannya isu politik tetapi merupakan isu keselamatan orang awam. 

Walau bagaimanapun beberapa orang netizen berkata melalui pengalaman mereka menaiki keretapi, kejadian ini selalu terjadi bukan sahaja kerana iklan yang mewakili mana-mana parti politik. Mereka juga berkata ini membuktikan masih lagi wujudnya masyarakat Malaysia yang mempunyai pemikiran kelas ketiga walaupun kemajuan Malaysia sudah setanding dengan negara maju yang lain.






Walaupun ramai yang mengaitkan isu ini lebih kepada kesedaran sivik, ada juga yang berpendapat pengangkutan awam tidak sepatutnya dijadikan sebagai kempen untuk sesebuah parti politik kerana pengangkutan tersebut adalah harta benda awam dan untuk kegunaan semua bukannya digunakan untuk kegunaan sebelah pihak sahaja.