'Kenapa kejam sangat Dato?' - Netizen pertikai cara Aliff Syukri siang ikan yang masih hidup


Pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman baru sahaja memuat naik video dirinya menyiang ikan puyu untuk dibuat menjadi pekasam mengejutkan netizen apabila caranya menyiang ikan puyu itu dianggap 'kejam'. 

"Makanan orang kampung, Korang makan tak ikan ni? Saya beli 30 ekor RM100. Jom saya ajar buat wadik makanan orang Banjar. Ada orang panggil ikan pekasam," tulisnya pada kapsyen video tersebut. 

Berdasarkan video, Aliff memenggal kepala ikan puyu itu yang masih hidup. Sesekali ikan itu menggeletis dan terlepas cari pegangan Aliff sebelum berjaya ditahan dan terus dipotong kepalanya. Malah, Aliff juga membuang sisik ikan itu yang masih hidup.

Di ruangan komen, netizen terkejut dan mempersoalkan mengapa Aliff tidak menunggu ikan itu mati terlebih dulu. Netizen juga menyifatkan perbuatan Aliff itu sebagai menyeksa binatang dan meminta jutawan kosmetik itu berfikir dulu sebelum berbuat apa-apa kerana isterinya sedang sarat mengandung.

"Mana boleh penggal kepala ikan macam tu Dato. Isteri Dato tengah mengandung, tak elok seksa binatang," - Cik Sue Qelate. 

"Adoi Dato. Lain kali gaul dengan garam dulu, simpan dalam besen kemudian tutup rapat-rapat dan biarkan. Lama-lama ikan itu mati. Ini dipenggal hidup-hidup kepalanya. Adoi hai." - Aisyah. 

"Dato nak buat sesuatu kena fikir baik-baik. Wife Dato sedang sarat mengandung. Pantang orang tua-tua dulu kenalah dengar dan ikut. Allahuakbar." - Eyda.