Muka bayi cedera dilibas bilah kipas dron


Padah menerbangkan dron sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang bayi lelaki, pemilik dron berkenaan ditahan polis, lapor Shanghaiist. 

Bayi berusia setahun dikenali ebagai Chengcheng itu dilibas dengan bilah kipas dron tersebut dalam kejadian jam 4 petang Rabu lalu ketika berada di sebuah taman di Tongzhou, China. 

Pemilik dron langsung tidak mengendahkan apa yang berlaku pada mangsa ketika itu dan terus mengambil dronnya dan beredar dari tempat kejadian. 

Qi pada waktu itu juga risau melihat keadaan anaknya yang cedera dan terpaksa membiarkan suspek melarikan diri begitu sahaja. Tetapi Qi memohon mana-mana saksi kejadian tampil membantunya mengesan remaja berkenaan. 

Selepas kejadian itu, ibu mangsa, Qi, memuat naik gambar kecederaan di muka anaknya yang disebabkan oleh dron itu ke laman Weibo. Gambar menunjukkan muka mangsa tercalar dari atas mata kiri dan sebelah kanan hidungnya. 


Menurut Qi, dia terpaksa membawa anaknya ke tiga hospital berlainan di Beijing untuk mendapatkan rawatan yang akhirnya menerima 9 jahitan. 

Doktor memaklumkan, kecederaan yang dialami oleh Chengcheng itu akan meninggalkan kesan parut seumur hidupnya. 

Menurut saksi kejadian, pemilik dron berkenaan adalah warga asing berambut perang yang dianggarkan berusia 20 tahun. 

Lapor Beijing Evening News, polis sedang menyiasat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.