'Patutlah selalu ditimpa musibah' - Gelar Safiey Illias 'Akak Cantik', Aliff Syukri dikecam netizen

Loading...

Datuk Alif Syukri Kamarzaman dikecam netizen gara-gara menggelar Safiey Illias sebagai 'Akak Cantik' sedangkan umum tahu status usahawan muda itu. 

Video yang dimuat naik oleh Aliff itu menunjukkan Safiey datang ke Palace Aliff Syukri untuk membeli perabot. 

Aliff: "Sekarang ini kita bersama dengan hakak. So akak puasa ke tak?"

Safiey: "Hari ini akak puasa sebab itu bersemangat nak beli perabot untuk hari raya. Semangat puasa."

Aliff: "Hakak cantik la kak, tengok body sikit. Huh! Letop! Cantiknya kak, body." 

"Safiey: "Akak nak beli perabot." 
Di ruangan komen video itu, netizen meluahkan rasa kesal mereka terhadap Aliff yang didakwa menggalakkan lagi Safiey menganggap dirinya sebagai wanita. Malah kata netizen, tindakan pengasas D'Herbs itu menggalakkan budaya negatif. 

"Astaghfirullahalazim. Dia lelaki, jangan panggil dia akak atau hakak. Jangan kita galakkan budaya negatif ini. Bimbang nanti menjadi ikutan pada anak-anak sendiri dan anak orang lain. Mahukah kita melihat masyarakat kita di masa depan ramai perempuan tiruan dan hilang lelaki sejati?" - Dahlia. 

"Kenapalah dDato nak menggalakkan golongan ini? Puji-puji, sukalah (mereka). Siapa tak suka kena puji? Dulu Sajat, Dato lah yang femeskan dia. Sekarang si Safiey pula. Bisnes tetap bisnes Dato, tetapi menggalakkan yang haram itu tetap salah. Tak perlu rasanya nak sokong, viralkan golongan ini. Takut menjadi ikutan. Tak pasal-pasal saja Dato dapat sahamnya sekali," - Farzana. 

"Tindakan orang seperti inilah yang menyebabkan wujudkan Faiz Roslan dan seangkatannya," - Oshin.