'Ramai ustaz yang baik tetapi semakin tenggelam dek kemunculan ustaz ala Ustaz Hamadi ini' - Pengarah drama 'Nur'


Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, satu drama yang berbentuk Islamik terbitan Radius One Sdn Bhd telah disiarkan bermula 14 Mei lalu pada pukul 10 malam setiap Isnin hingga Khamis menerusi slot Samarinda TV3. 

Pengarah drama berkenaan, Shahrulezad Mohameddin berkata, drama arahannya itu mengetengahkan tema ‘Kebaikan Jalan yang Lurus'. Drama yang diterajui oleh Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azhan Rani, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan Noorkhiriah itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton kerana bagi penonton cerita ini tidak berunsurkan stereotaip seperti drama-drama sebelumnya.

Walaupun mendapat maklum balas yang positif, namun ada juga yang memberikan tanggapan kurang enak terhadap drama ini. Ada yang menganggap drama ini seolah-olah menjatuhkan maruah golongan ustaz apabila watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani membawakan watak sebagai seorang yang munafik.

Drama ini memaparkan Ustaz Hamadi digambarkan seorang ustaz alim namun sebaliknya dia gemar melanggan pelacur dan menggunakan wang anak yatim untuk kepentingan dirinya sendiri. 

Sharulezad Mohameddin telah memberikan penjelasan melalui Instagram. Beliau menjelaskan bahawa beliau sebenarnya telah membuat kajian dan pernah bertemu dengan golongan-golongan ustaz yang berperwatakan seperti watak Ustaz Hamadi. Dia juga tidak menyangka di sebalik pujian terhadap mesej yang disampaikan melalui drama tersebut, ada juga yang membuat kritikan yang mendakwa dirinya seolah-olah menghina agama.

"Semua watak seperti itu abang dah bertemu dik. Ya! Depan mata abang sendiri. Sebagai penulis skrip subjek macam ni memang abang curious sangat.

"Abang cuba dekati mereka. Cuba selami hati mereka. Orang macam ni sebenarnya hidup dalam penafian juga.

"Mengharapkan suatu hari nanti mereka sempat bertaubat yang mereka anggap semudah tekan suis buka dan tutup. Takut bukan?" tulis Shahrulezad.

Kata Shahrulezad, tujuan dia memaparkan kisah dan watak itu hanya sebagai salah satu langkah untuk ibu bapa agar perlu mengambil tahu hal yang berlaku terhadap anak mereka di sekolah.

"Walaupun begitu bukan semua ustaz di sekolah pondok atau tahfiz sejahat Ustaz Hamadi. Ramai yang baik dan ikhlas. Cuma kebaikan mereka semakin tenggelam dengan kemunculan ustaz ala Ustaz Hamadi ini.

"Jadi tujuan abang paparkan kisah dan watak seperti ini hanyalah sebagai langkah kita untuk berjaga-jaga. Ibu bapa kena ambil tahu apa yang berlaku di sekolah pondok atau tahfiz anak mereka. Masa depan anak akan rosak kalau jatuh di tangan mereka yang salah," katanya.

Hmmm.. kdg2 abam dah start risau pulak bila issue ustaz Hamadi ni dah start tenggelamkan issue issue lain dalam citer ni. Selain dari issue judgemental dan penunggang agama, kita ada jer banyak sentuh benda lain. Bukan apa sedikit sebanyak publisiti yg macam ni buat makcik makcik pakcik pakcik kat kg tu rasa tak selesa bila watak watak ustaz yg mereka sanjung selama ini dibogelkan sebegini rupa. Definitely it will affect our rating especially rural area la. Terus terang cakap abam and team really need the rating supaya akan datang stesyen boleh terima idea idea rare macam ni kat tv mereka. Bukan utk abam atau production abam jer. Tapi abam buat ni sebagai perintis utk production production lain serta penulis penulis lain jugak. So tak der lah content drama kita balik balik cerita cintan cintun tak tentu hala kosong belaka. We need more kisah kisah kemasyarakatan yg selama ni kita pandang sepi di kaca TV kita. Sebab tu abam perlu sokongan dari penonton. Please keep watching dan pujuk orang tengok Nur seramai yg mungkin. Then we can give a signal to station TV kita yg penonton sebenarnya dahagakan content content matured macam ni. I need u guys to help me. Semoga Allah permudahkan. Truth is always hurt! We need to change this stigma. Kalau tak sampai bila bila la content drama kita tak akan berubah. Kalau betul betul rasa we need more karya berpijak dibumi nyata seperti ni then please do ur part my fellow friends. I've done mine. Pujuk org seramai mungkin utk menonton drama ni. Please share and tag this. Terima kasih ek. @aamyrarosli @syafiqkylez @khiriah17 @azhan_rani @jalaludinhassan @fatimahabukar @therajaatiqullah @rienadiana_ @elmymoin_ @mathnirazak7 @kunamuzani @lailanasirofficial @zaidiomar @jijiezainal #nur #dramaNur #dramasangat
A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Walaupun penjelasan yang kukuh telah diberi, namun masih ada netizen yang menganggap cerita ini memburukkan agama dan juga telah memberikan tanggapan negatif orang bukan Islam terhadap ustaz-ustaz.







Pelakon utamanya Syafiq Kyle pula meminta netizen agar melihat perwatakan Ustaz Hamadi dengan cara yang lebih terbuka. Dia juga mempersoalkan mengapa watak tersebut diperbesarkan sedangkan di dalam drama tersebut terdapat dua orang ustaz yang sangat baik iaitu ustaz Adam dan Ayah Haji.

“Walaupun mendapat kecaman, saya dan penulis skrip serta pengarah drama melihatnya dari sudut positif kerana ia membuktikan drama ini mendapat perhatian penonton,” katanya kepada Harian Metro.