'Rembat video member aku, buat modal kempen' - Netizen

Loading...

Viral di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang pengguna Twitter dengan tindakan pemimpin politik yang didakwanya mengambil dan menggunakan video milik rakannya untuk dijadikan sebagai modal kempen parti politik. 

Amy Ary (@amyary) kesal dengan tindakan pemimpin berkenaan yang didakwanya melakukan plagiarism dan tidak menghormati hak pemilik asal video tersebut. 

"Ini pemimpin yang korang hormati, rembat video member aku buat modal kempen. Dengan sedikit edit dan plagiarism, boom! Look like his own video. 

"Hak orang pun tak reti nak respect," tulis Amy. 

Difahamkan, video itu dimuat naik di Facebook pemimpin berkenaan pada jam 9.15 malam 29 April lalu dengan kapsyen berunsur politik.

Menurut Amy, ramai rakan-rakan kepada pemilik asal video berkenaan telah menegur tindakan pemimpin itu di ruangan komen, namun sehingga ke hari ini masih tiada sebarang respon dan tindakan. 

"Anyway, the video was about our friend by the name of Khai Aziz. I was told that the video was used without any permission that this will be used part of the campaign. This guy was a longtime activist and has been actively helping PPR community in Damansara," tulis Khairul Piesay Faizi. 

"Ini adalah projek murni diterajui oleh sahabat saya Khai Aziz di bawah persatuan NGO kendalian beliau. Video ini disunting kmbali. "Mungkin pemimpin itu prihatin tetapi menggunakan usaha orang lain untuk membawa portfolio baik demi kepentingan sebuah parti politik adalah sesuatu yang memalukan," tulis Huzaiba Baharuddin. 






Justeru, netizen berharap pemimpin berkenaan memberikan respon dan memadamkan video tersebut bagi menjaga nama baiknya sebagai pemimpin golongan belia.