'Saya dan Bella sudah bercerai' - Nazim Othman

Loading...

"Saya dan Bella sudah bercerai," demikian kata pelakon Nazim Othman yang baru sejam tadi memuat naik kenyataannya di laman Instagram, mencetus pelbagai reaksi peminat dan netizen. 

Dengan rasa yang berat, Nazim mengesahkan perkara itu selepas tidak mampu menyimpan rahsia itu daripada pengetahuan umum, malah sempat berterima kasih kepada keluarga dan rakan yang mendoakan hubungan mereka. 

"Assalamualaikum, Salam Ramadhan. Saya dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa, di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir.

"Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini. Sesungguhnya segala keindahan itu datang dariNya dan semua kekurangan itu hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa.

"Allah maha mengetahui atas segala sesuatu, maha pengampun lagi maha penyayang. Wasalam," tulis Nazim.

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Bella di Instagramnya juga memuat naik kenyataan yang hampir sama dan menjelaskan perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

"Dipendekkan cerita, perkahwinan kami tidak berjaya, Kami berdua telah cuba berusaha sebaik mungkin. Bagaimanapun, tidak berjaya.

"Di atas persetujuan bersama, kami berdua mengambil keputusan untuk mengikut haluan masing-masing," tulisnya.


Menurut Harian Metro, pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan belum dikurniakan cahaya mata itu telah bercerai pada awal bulan Mei di Kota Kinabalu, Sabah.

Sementara itu di ruangan komen, netizen tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pelakon berkenaan.