'Saya mohon maaf, jangan sebarkan video itu lagi' - Faiz Roslan


Susulan video parody ditegur oleh Da'i Wan Dazrin baru-baru ini sehingga dikecam hebat oleh netizen di media sosial, Faiz Roslan tampil membuat kenyataan memohon maaf terhadap tindakannya yang dianggap tidak menghormati bulan ramadhan. 

Menurut Faiz, dia mengakui kesilapannya memuat naik video tersebut pada masa yang tidak masa yang tidak sesuai dan telah 'memadamkan' video tersebut dari semua akaun media sosial miliknya. Dalam pada itu, Faiz juga meminta mana-mana pihak tidak lagi berkongsi dan menyebarkan video tersebut.

SAYA dan rakan-rakan saya memohon kemaafan di bulan mulia ini kerana membuat video sedemikian rupa. Mungkin video itu salah dan timing upload pun bukan masa yang tepat. 

Saya memohon maaf dan saya telah pun archive video tersebut di Instagram, YouTube, Facebook dan Twitter. 

Cuma saya minta kepada yang ada video tersebut, mohon delete. Walaupun kami membuka aib sendiri, tidak perlulah anda semua sebar video itu. Kepada yang masih nak buka cerita pasal video berkenaan, terpulang. Cuma di bulan baik ini, tidak perlulah nak membenci atau membuka aib sesama manusia. 

Terima kasih kepada Wan Dazrin. Saya telah pun personal message dia. Terima kasih Aiman Banna, he's such a good person dan memahami saya dalam situasi ini. 

A post shared by F A I Z ⚰️ (@thefaizroslan) on

Nak berubah bukan senang bukan? Perlahan-lahan. Cuma saya janji video selepas ini tidaklah tidak senonoh seperti video Lagi Syantik parody itu. Saya cuba buat parody macam dulu-dulu. 

Cuma nak beritahu sikit. Tapi saya cuma ingin menegur sedikit, tidak mahu sebut namalah. Mungkin dia artis? Penyanyi? Pelakon? Tapi cara awak tegur saya di Twitter agak sepeti mengugut saya seperti nak pukul. Agaklah satu ugutan. Sedangkan mak saya tidak pernah memukul saya. Siapakah anda nak berbuat demikian? As a celebrity kena berjaga-jaga. Itu sahaja, no hate. 

Kepada semua yang masih support saya, nasihat saya, thank you so much from the bottom of my heart. Also thanks too Hirzi, Shafiqah Othman, my best friend yang support saya. I love you guys. 
Walaubagaimanapun, sehingga kini Faiz masih menutup ruangan komen di setiap gambar-gambarnya yang dipercayai berbuat demikian kerana tidak mahu dikecam oleh netizen.

Sumber: Instagram Faiz Roslan

BERITA BERKAITAN: