'Saya mohon maaf, tak sedar aksi kami dirakam' - Fattah Amin

Loading...

Beberapa hari yang lalu, tersebar video pasangan selebriti yang bermesra-mesraan di tempat awam sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

Fattah Amin bagaimanapun, tampil memberi penjelasan dan menafikan dakwaan kononnya mereka tidak menghormati bulan ramadhan. 

Berkata kepada mStar Online, Fattah menjelaskan dia tidak menyedari aksi mesranya bersama isteri, Nur Fazura, dirakam oleh seorang kenalan mereka yang kemudian dimuat naik ke media sosial dan dikecam teruk oleh netizen. 

"Sebenarnya saya dan Fazura memang tak perasan aksi kami dirakam oleh seorang kenalan sebelum dia memuat naik (video itu) ke laman sosial. 

"Apabila perkara itu tular dan kami dituduh tidak menghormati bulan Ramadan, ia sebenarnya di luar kawalan saya," katanya yang juga memohon maaf kepada peminat dan semua pihak yang tersinggung dengan perbuatan mereka itu. 

Jelas Fattah lagi, dia sebenarnya sudah beberapa hari tidak bertemu dengan isterinya kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Mereka kemudian bertemu di sebuah restoran untuk berbuka puasa bersama dan dia terujua untuk bertemu isterinya itu kerana rindu. 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

"Saya dan Fazura dah lama tak jumpa. Jadi, apabila kami bertemu di tempat awam, kami teruja. 

"Sebagai suami isteri, salam cium tangan itu biasa dna saya pun ada mencium dahinya dan memeluk isteri saya untuk menghilangkan rasa rindu," katanya. 

Susulan insiden itu, Fattah berkata dia akan lebih berhati-hati di masa akan datang dan juga meminta rakan-rakannya juga bertanya sebelum memuat naik video mereka di laman sosial. 

"Apabila ada ada rakan-rakan memuat naik video kami, ia bukan bererti mereka berniat tidak baik. Tetapi selepas ini, saya akan minta mereka berhati-hati. 

"Sekurang-kurangnya bertanya terlebih dahulu tentang video yang ingin dimuat naik agar tidak timbul lagi salah faham seperti ini," katanya. 


BERITA BERKAITAN: