'Seragamkan pakaian tenaga pengajar' - Ramai netizen bersetuju, bagaimana dengan warga pendidik?


Baru-baru ini, viral di media sosial seorang pemimpin dikatakan mengemukakan pandangannya bahawa warga pendidik perlu memakai pakaian seragam apabila bertugas di sekolah. 

Menurut seorang pengguna Facebook mendakwa, cadangan itu diutarakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bagaimanapun semakan di Google tidak menemui sebarang kenyataan beliau mengenai perkara itu. 

"Seragamkan pakaian tenaga pengajar. Sekolah tempat mengajar, bukannya medan fesyen." demikian status Facebook yang tular itu. 


Walaubagaimanapun, cadangan itu menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen termasuk golongan warga pendidik. 

"Saya suka sebab cikgu perempuan tak perlu memakai pakaian 'blink-blink' seperti zaman Ramlah Ram," - Wardah.

"Jimat, tak perlu nak up to date sangat bila mengajar," - Laila. 

"200% setuju. Tak perlu sibuk nak beli baju lagi. Harap cadangan ini menjadi kenyataan," - Ahmad Saha. 

"Setuju! Tak perlu pening kepala nak pakai baju apa, tudung nak matching dengan warna apa," - Juliana.

"Baguslah. Ini pergi sekolah pakai baju kebaya ketat, nampak bentuk tubuh. Nak merangsang lelaki ke apa?" - Revolusi Padu

Bagi individu lain pula menganggap cadangan itu tidak wajar kerana warga pendidik bukan anggota keselamatan dan fesyen adalah sebahagian dari mereka. 

Sementara itu, bancian di media sosial menunjukkan ramai netizen yang bersetuju berbanding jumlah netizen yang tidak bersetuju cadangan tersebut.