Singkir semua 'badut dan boneka' Najib - Bekas Ketua Pengarah JPA

Loading...

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Alwi Jantan menggesa badut dan boneka bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disingkirkan bagi 'membersihkan' dan memulihkan imej perkhidmatan awam, lapor Free Malaysia Today

Alwi berkata, beliau malu melihat melihat pegawai tertinggi kerajaan menjadi 'badut dan boneka' parti pemerintah, secara tidak langsung menggambarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa sebagai pemain utama dalam kalangan 'badut dan boneka' dalam kerajaan Najib sebelum ini. 

Penyingkiran itu perlu dilakukan untuk memulihkan imej dan moral perkhidmatan awam daripada 'watak tidak boleh dipercayai'.

"Ada juga yang bertindak melangkaui tanggungjawab apabila berkempen secara terbuka untuk mereka. Mereka mengecilkan amanah dan kesaksamaan ke tahap ketidakjujuran dan tidak bermoral,” katanya.

Bagaimanapun, Alwi tidak mahu mendedahkan nama-nama pegawai yang terlibat kerana perbuatan mereka akan mendapat liputan meluas dari pihak media. 

Beliau tidak menyebut nama Ali Hamsa dalam kenyataannya, tetapi berkata ketua setiausaha kepada kerajaan, "Sebagai ketua perkhidmatan awam, mungkin boleh menghentikan salah laku ini, tetapi beliau sendiri adalah pemain utama".

Justeru, Alwi menyeru kerajaan Pakatan Harapan 'membersihkan' perkhidmatan awam daripada watak-watak seperti itu.

“Mereka bukan sahaja tercemar dan kesetiaan diragui, cara ini akan memulihkan imej dan semangat perkhidmatan awam ke tahap kemegahan dulu.”

Alwi sebelum ini berkhidmat untuk kerajaan selama 32 tahun, bermula sebagai pegawai di Pejabat Penubuhan Persekutuan pada 1958 sehingga bersara pada 1990 sebagai ketua pengarah JPA.