Terlalu teruja tengok 'filem biru' sampai terhiris alat kelamin

Loading...

Seorang lelaki Thailand dikejarkan ke hospital selepas dia menghiris alat kelaminnya dengan pisau ketika menonton filem 'biru'.

Whisanu Srisanao, 30, menonton filem tersebut melalui telefon bimbitnya di kediamannya sebelum bertindak menghiris kulit alat kelaminnya tanpa sedar. 

Apabila darah mula keluar tanpa henti, Whisanu terus panik dan cuba menghentikan pendarahan sebelum menghubungi paramedik untuk meminta bantuan. 

Doktor tiba di tempat kejadian pada jam 10.45 malam mendapati mangsa berada dalam keadaan tanpa seurat benang sambil memegang alat kelaminnya di sebuah apartmen di tingkat empat di Khet Nong Chok, Bangkok. 

Mangsa memberitahu mereka bahawa dia sedang menonton filem tersebut dan menyalahkan video itu yang mendorong dia melakukan tindakan bodoh itu. 

"Mangsa enggan memberikan kerjasama dan berkata, "saya tengok porno, saya tengok porno',

"Dia menyalahkan video itu yang mendorong dia berasa terlalu teruja. Dia tidak mahu menjelaskan apa dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku. 

"Kami berikan rawatan dan menghantarnya ke hospital," katanya. 




Keadaan Whisanu dilaporkan semakin pulih dan masih menjalani rawatan di Hospital Navamin 9 dan dijangka akan dibenarkan keluar selepas disahkan tidak mengalami kecederaan yang serius serta meninggalkan kesan parut sahaja. 

Sumber: Daily Mail