(Video) Dada, perut bayi perempuan dipijak lebih 24 kali


Alangkah kejamnya seorang wanita yang tergamak memijak dada dan perut seorang bayi perempuan berkali-kali seperti sudah hilang pertimbangan dan kewarasan. 

Menurut sumber yang menghantar video itu kepada The Reporter, tidak diketahui di mana kejadian itu berlaku tetapi difahamkan video itu tersebar di WhatsApp group. 

"Saya dapat video ini dari group. Tak tahu siapa buat video ini. Boleh tolong bantu cari baby ini tak? Selamatkan dia," kata sumber. 


Berdasarkan video tersebut, bayi yang dianggarkan berusia setahun itu pada awalnya baring di atas tilam. Kemudian wanita yang dipercayai ibunya itu bertindak memijak dada dan perut mangsa kira-kira 24 kali. 

Tidak kurang dengan itu, mangsa diangkat dan belakang badannya dihentak ke dinding dan video itu dipercayai dirakam oleh kenalan wanita terbabit.

Bagaimanapun, semakan di segala enjin pencarian di internet dan media sosial, gagal menemui sumber video tersebut.