(Video) 'I puasa pun macam rugi, macam nothing' - Faiz dedah diri dan rakan tak puasa dikecam netizen

Loading...

Instafamous berperwatakan wanita ini pernah ditegur beberapa pihak, malangnya teguran seperti tidak diendahkan. Juga pernah dijemput ke program Motif Viral untuk bersemuka dengan individu yang menegur, namun masih juga menyatakan ketidakpuasan hatinya di media sosial kononnya ada babak mereka telah dipotong. 

Baru-baru ini, Faiz Roslan memuat naik video yang mengaku dia dan beberapa rakannya tidak berpuasa kerana merasakan diri mereka rugi atas sebab berpuasa tetapi tidak mengerjakan solat lima waktu. 


"Kepada yang bertanya, yes kitorang tak puasa sebab.. macam mana nak cakap eh? I tak puasa sebab I sedar I tak solat lima waktu pun. TIBA!!! 

"So kalau macam I puasa pun macam rugi, macam nothing, macam korang puasa tapi tak dapat pahala. Puasa penuh, nak full, tapi kau yakin ke kau puasa tu full kalau kau tak solat? Kira kosong. 

"Bukan nak kata apa lah kan, kalau jenis macam korang yang tak melakukan ibadah ke apa, nak puasa boleh tak ada siapa yang halang. Tapi kitorang macam.. macam I, kalau I nak puasa.. sebab I sedar diri I. 

"Nampak 'perempuan' tu? Makan je. Tapi jangan tunjuk sangat. Macam kitorang ni dah tertunjuk, sebab kitorang pun macam tak hormati, so ha ambiklah kau," katanya sambil merakam rakannya yang sedang membaham kentang McDonald yang berharga RM4.20. 


Tindakan Faiz itu mengundang kecaman hebat dari netizen dan tidak ketinggalan beberapa selebriti juga meluahkan rasa kesal mereka terhadap Instafamous terbabit yang jelas sekali tidak menghormati bulan ramadan. 

Azza Elite meminta Faiz berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial dan tidak faham mengapa anak muda itu dengan begitu bangga memberitahu orang ramai bahawa dirinya tidak berpuasa. 

"Kau jangan buat begitu dik, mana malu kau dengan Allah? Kau bangga kau tak solat, kau bangga kau tak puasa. Astaghfirullah! kenapa kamu begitu? Jangan sampai Allah tarik nikmat kita dik. 

"Bila Sharnaaz tegur, ramai yang backup. Padahal apa yang Sharnaaz cakap itu memang benar belaka. 


"Aku dengar kau menjawab (lagi), kau siap! Ini aku pula cakap! Panas hati aku bila orang gpermainkan Allah. Kami pun pernah muda, pernah famous dari kau okey! Tapi kami takut nak mempermainkan Allah. Kami tegur sebab rasa kamu perlu ditegur," tulis Azza di Instagramnya yang turut mendoakan agar Faiz bertaubat dan diberikan hidayahNya. 

Sementara itu, netizen juga turut menyeru orang ramai berhenti dari menjadi followers Faiz agar segala apa aktiviti perniagaannya terjejas dan menjadi pengajaran buat dirinya. 



Tidak kurang juga yang meminta pihak jabatan agama mengambil tindakan terhadap Faiz yang mencabar kesucian dan mencemarkan imej agama Islam. 

"Jabatan Agama kena buat sesuatu tentang Faiz Roslan. Dia punya tindakan kali ini memang betul-betul mencabar kesucian agama Islam. Kalau tak ambil tindakan, nanti kaum lain ingat agama kita ini memang boleh dibuat main. Tangkap ke, denda pun okey. Tak pun suruh buat khidmat masyarkaat jadi imam terawih," tulis Sukri Eusoff

Susulan kecaman netizen dan viral video kecerdikan dirinya itu, Faiz telah menyahaktifkan akaun Instagramnya buat sementara waktu.