(Video) 'Kenapa lempang pekerja asing?' - Netizen kecam tindakan kakitangan awam kasari pekerja warga asing

Loading...

Sedang viral di media sosial, rakaman video seorang lelaki berbaju kuning dikasari oleh kakitangan awam yang bertugas di bahagian kaunter menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang netizen. 

Video berdurasi 9 saat yang dimuat naik laman Facebook We Are Malaysian Indians itu mendakwa kejadian itu berlaku di Pejabat Imigresen Johor Bahru pada hari ini. 

"Layanan oleh pegawai Imigresen kepada pekerja asing. Di Imigresen Johor Bahru. 30.05.2018. 

"This pegawai should terminate from work. Foreign workers also human," tulis pengendali laman berkenaan. 

Berdasarkan video yang dirakam oleh orang awam, lelaki warga asing itu ditampar di kakitangan terbabit di bahagian pipi kiri. Kakitangan itu juga menghentak kaunter itu dengan tangan kanannya sebanyak lima kali dan berkata, "Diam". 

Sementara itu, menurut sumber dalam ruangan komen video tersebut, pihak Jabatan Imigresen Johor mengambil maklum mengenai kejadian itu dan kini sedang membuat siasatan dan akan mengambil tindakan berat terhadap kakitangan terbabit sekiranya didapati bersalah. 


Di media sosial, netizen meluahkan rasa kesal mereka terhadap tindakan kakitangan terbabit yang dianggap tidak wajar dan mencemarkan Jabatan Imigresen. 

"Staff kurang ajar, pekerja asing itu manusia, bukan haiwan. Haiwan pun sekarang orang layan dengan hormat. Pejabat Imigresen Johor Bahru mesti mengambil tindakan terhadap staff yang biadab ini!" - Sujatha Athimulam. 

"Kesian orang tu. Kalau kita yang kena memang dah malu. Harap staff ini dapat tindakan disiplin segera. Gantung kerja tanpa gaji, biar bagi pengajaran sikit," - Mieza.