(Video) Penampakan Musa Aman di London?

Loading...

Viral di media sosial video yang menampakkan kelibat bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, bersama seorang individu dan anak kecil di Stesen Keretapi St Pancras International, London, lapor Harian Metro

Individu yang memuat naik video tersebut, Az Eem, mendakwa ternampak kelibat Musa di lokasi itu dengan kapsyen: 

"Ex-cm Sabah spotted at St. Prancras, London. Rafizi Ramli INVOKE Malaysia." tulisnya yang menunjukkan lelaki yang memakai baju merah dan bertopi itu didakwa sebagai Musa Aman.

Media sebelum ini melaporkan terdapat kemungkinan Musa telah pergi ke Brunei dan Singapura selepas menaiki pesawat menuju ke London. 


Musa dipercayai telah meninggalkan Malaysia tanpa mengikut sistem dan undang-undang. Kali terakhir Musa dilihat dalam penerbangan Malindo ke Kuala Lumpur pada 14 Mei dan pada Mesyuarat UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 16 Mei.

SPRM sedang menyiasat dakwaan terdapat parti politik 'membeli' Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas PRU14 pada 9 Mei lalu yang menyaksikan persaingan sengit antara Barisan Nasional (BN) Sabah dan Warisan yang masing-masing menang 29 kerusi dari 60 kerusi DUN Sabah.

SPRM dikatakan sedang menyiasat dakwaan BN 'membeli' dua ADUN STAR dengan RM20 juta untuk menyertai BN Sabah bagi memberi laluan untuk Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sekali gus membentuk kerajaan.