(Video) Terima 17 jahitan angkara kuali tiba-tiba jatuh dari langit


Sikap tidak bertanggungjawab penghuni pangsapuri yang membuang barang dari tingkat atas telah menyebabkan seorang lelaki warga tua cedera di kepala, lapor Nextshark

Mangsa, Wang Juqing, 81, cedera di kepala dan menerima 17 jahitan selepas kepalanya ditimpa kuali anti-lekat. 

Dalam kejadian 17 Mei di daerah Jingyan, China, mangsa sedang berjalan di bawah bangunan kediaman itu untuk pulang makan di rumahnya sebelum kepalanya secara tiba-tiba ditimpa kuali yang terjatuh dari langit. 

"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan dan tiba-tiba ada objek menimpa dahi saya," katanya. 

Ekoran kejadian itu, keluarga Wang kini terpaksa berdepan dengan bil perubatan yang mahal.

Sementara itu, polis sedang melakukan siasatan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab di atas kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan yang serius pada mangsa. Polis mengumpul semua cap jari penduduk di bangunan berkenaan. 


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Wang yang sedang berjalan tiba-tiba ditimpa kuali itu menyebabkan mangsa mengalami kesakitan sebelum orang awam yang melihat kejadian itu datang membantunya sementara menunggu paramedik tiba di lokasi kejadian.