(Video) 'Why Fazura look so horny?' - Netizen

Loading...

Video yang menunjukkan aksi mesra di antara Fattah Amin dan Fazura tersebar meluas di media sosial mengundang pelbagai reaksi kurang senang netizen. 

Video berdurasi 13 saat itu menunjukkan pasangan selebriti berpelukan dan Fazura mencium pipi suaminya itu.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan beberapa individu yang dipercayai kenalan mereka yang hanya tersenyum melihat adegan tersebut. 


Di media sosial, netizen mengecam tindakan pasangan berkenaan yang tidak menjaga adab dan kelakuan apabila berada di tempat awam. 

"Why Fazura look so horny? Go back home laa or check in mana-mana kalau nak mengawan pun. Meluatnya la tengok. Hahaha!" - Audrey Laura Linang. 

"Malu kat orang aih dok peluk-peluk depan orang. Memanglah sah, halal, time manis sweet macam gula batu kan main lagi. Dah bergaduh, orang tu tak betul, orang ni tak kena. 

"Kami pun bahagian, tak tunjuk kat orang. Sebab itu orang kata bahagia jangan ditayang, derita jangan dicerita. Simpan sahaja segala apa yang kita rasa dan lalui," - Nor Fazana Abu Bakar. 

"Kalau sampai tahap macam ni semua nak tunjuk, rasa naik menyampahlah pulak. Macam dia seorang saja yang ada laki. Allah, dah tak ada rasa malu langsung. Rasanya selepas ini boleh tunjuk kat umum masa di ran**** pula kot?" - Reini Rahayu MdZin Ayu. 

"Tak payah tunjuk di tempat umumlah yang korang tu sweet oi kak. Orang lain pun ada laki bini, tak adalah sampai macam tu. Kalau ye pun nak sweet, tunggu sampai rumah. Tempat kita bukan oversea ye. Ingat tu, respect orang sikit," - Macmillan Jubang. 




Benar tidak salah suami isteri berbuat demikian, tetapi bukanlah di tempat awam yang punyai ramai orang apatah lagi dirakam oleh rakan dan kemudian dimuat naik ke media sosial.